RPU bertemu Timbalan Ketua Polis Negara

Views: 6

BIDONG, 31.01.2023
Remaja Pembela Ummah (RPU), unit belia di bawah GISBH diwakili oleh Tuan Abu Zar bin Md Zaki dan En. Mohd Khairi Bin Syafie telah mengambil peluang menziarahi dan berkenalan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Kejohanan Kuda Lasak Antarbangsa Piala PDRM di sini baru-baru ini.

Di kejohanan yang dianjurkan PDRM ini, Tan Sri Razarudin menginap di chalet VVIP Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong yang terletak bersebelahan tapak perkhemahan Pasukan ‘Ikhwan Equestrian’ yang turut serta dalam pertandingan.

Tan Sri melayan mesra wakil RPU dengan menghidangkan teh tarik dan bekalkan pajeri nanas masakan Puan Sri sebagai membalas lauk kari ikan merah daripada RPU.

Turut sama di situ beberapa orang pegawai atasan polis yang mengiringi Tan Sri.

Dalam kejohanan kali ini, beliau turut menyertai pertandingan bagi kategori 100km, namun terkeluar disebabkan masalah pada kuda yang ditunggangi.

Selain beliau, VVIP lain yang turut serta adalah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud, Sultan Terengganu.

Puan Sri mengenali Ikhwan kerana pernah membawa kiriman barang untuk Ikhwan ke Mekah.

Tan Sri memberitahu biasanya beliau menunaikan umrah hanya bersama isteri dan akan disusun perjalanan sendiri kerana beliau rasa kurang selesa jika pergi secara rasmi, disamping boleh mendatangkan rasa riak kerana diiring dengan kawalan pasukan polis Saudi ketika beribadah.

Tan Sri maklumkan yang beliau mengetahui GISBH memiliki banyak restoran, dan wakil RPU jelaskan GISBH mempunyai lebih 120 buah restoran di seluruh dunia yang turut menarik perhatian pegawai-pegawai polis yang ikut sama mendengar.

Di pertemuan ini, wakil RPU turut berkongsi perkembangan GISBH, dimana Tuan Excutive Chairman dan rombongan baru selesai berekspedisi di negara-negara Scandinavia menggunakan beberapa kenderaan termasuk 2 buah motorhomes GISBH yang dibawa dari Dubai.

Dalam memberi respon tentang negara Turkiye, Tan Sri mengakui Turkiye sebuah negara yang berani kerana presidennya, Recep Tayyip Erdoğan.

Jiwa Islamik Tan Sri kelihatan dalam peribadinya seperti meminati wangi-wangian bukhor dan dipasang di chalet tersebut. Menurutnya di rumah dan pejabat pun dibakar wangian bukhor kerana malaikat sukakan wangian.

Sewaktu berkuda sepanjang sukan kuda lasak ini, Tan Sri banyakkan berzikir itu yang boleh dibuat untuk mendekatkan hati pada Tuhan, kata beliau, mula berkuda sejak 10 tahun yang lalu hingga Allah sembuhkannya dari penyakit ‘slip disc’.

Tan Sri yang rapat dengan Almarhum Dato Che Mad Din mendapat banyak maklumat serta perancangan dengan Ikhwan daripadanya.

Setelah kematian pengurus besar TIEP, Dato Che Mat Din, RPU telah mengadakan tahlil arwah sekaligus sembahyang jemaah bersama kelab-kelab kuda yg lain di perkarangan pejabat TIEP, di mana yang Tan Sri DIPG turut hadir ketika itu.

Tan Sri menyokong mana-mana ‘event’ kuda selepas ini diadakan sembahyang berjemaah dan beliau katakan, beliau sendiri bersembahyang sebelah orang Ikhwan kerana chalet beliau bersebelahan dengan perkhemahan Ikhwan.

RPU juga bertanyakan berkaitan penganjuran kejohanan kuda lasak oleh PDRM, katanya kos keseluruhan dibayar kepada TIEP dan TIEP juga akan ambil wang pendaftaran setiap peserta.

“Eloklah Ikhwan juga anjurkan acara ‘endurance’ sendiri,” ujar beliau.

Apabila wakil RPU kongsikan GISBH pernah menganjurkan beberapa pertandingan antaranya memanah dan hadiahnya adalah pakej umrah dan ziarah ke luar negara, TS dan pegawai-pegawai lain sangat menyokong agar GISBH mula menganjurkan acara endurance di sini.

Selain itu ada TS ada kongsikan berkaitan kuda dan teknik berkuda untuk endurance.

Pertemuan ini melahirkan kemesraan malah sewaktu rombongan beliau bergerak balik dan melalui hadapan tapak perkhemaan Ikhwan Endurance, beliau bunyikan hon serta menurunkan tingkap, manakala para RPU pula mengangkat tangan beramai-ramai.

Moga perhubungan dengan semua pihak menambah ilmu dan maklumat kepada RPU untuk pandai bermasyarakat agar Islam nampak indah di mata semua.

Views: 6

Reviews for RPU bertemu Timbalan Ketua Polis Negara

There are currently no reviews for RPU bertemu Timbalan Ketua Polis Negara
Scroll to top