RPU ceburi bidang Scuba Diving di Tioman

Views: 811

TIOMAN, 23.09.2023
GISBH atas restu YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif dan penyusunan Presiden RPU, Ybhg Tuan Muhammad Adib At Tamimi, kini mengorak langkah menceburi satu lagi bidang baharu iaitu Scuba Diving dengan menjalani latihan menyelam di bawah seliaan Abect Scuba & Dive Centre (ASDC) di sini baru-baru ini.

ASDC yang terletak kira-kira 500 meter dari Jeti Kg Tekek merupakan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan baik dengan GISBH.

Untuk pertama kalinya ini, program latihan disertai oleh 5 orang wakil RPU iaitu Tuan Nik Fateh Nik Abdul Kadir, Tuan Qudamah Shaharuddin, Tuan Afdhal Latif, Tuan Zama’ah Zulkifli dan Tuan Lokman Razali.

Aktiviti berlangsung kira kira 3 jam itu dimulakan dengan sesi taklimat, pengenalan peralatan dan sesi percubaan Scuba Diving di laut dengan kedalaman 10 meter.

Ia dikenali atau termasuk dalam kategori Discovery Scuba Diving (DSD) iaitu merupakan sesi percubaan dan pengenalan bagi yang belum pernah mencuba atau melaluinya.

Beberapa orang wakil RPU akan dihantar lagi pada masa akan datang bagi mengikuti sesi latihan menyelam bagi memperolehi lesen kategori laut terbuka atau Scuba Open Water.

Banyak perkara yang dapat RPU pelajari dari latihan ini yang membantu meningkatkan diri dengan ilmu dan pengalaman hasil berinteraksi dengan para jurulatih khususnya peluang meneroka keindahan laut ciptaan Allah Taala.

Views: 811

Reviews for RPU ceburi bidang Scuba Diving di Tioman

There are currently no reviews for RPU ceburi bidang Scuba Diving di Tioman
Scroll to top