RPU-Fishing sertai Pertandingan Memancing Pantai di Terengganu

Views: 484

SETIU, 22.09.2023
Seramai 11 peserta RPU-Fishing dari kalangan kepimpinan Remaja Pembela Ummah Lelaki (RPUL) GISBH telah menyertai satu Pertandingan Memancing Pantai di pantai Penarek, di sini baru-baru ini.

Pertandingan memancing itu diadakan sempena Hari Malaysia di Pantai Rhu 10, Penarek, disertai 4000 peserta dari pelbagai negeri berlangsung selama 4 jam bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Pasukan RPU-Fishing diketuai Tuan Nik Fateh Nik Abdul Kadir bersama Tuan Harith At-Tamimi, Tuan Qudamah Shaharuddin, Tuan Syarif Hidayatullah Che Khairil Anuar, Tuan Reza Mahar, Tuan Afdhal Latif dan beberapa RPU lain.

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 seorang, peserta berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai RM105,000 untuk hadiah pertama dan hadiah-hadiah lumayan yang lain.

Atas saranan Ybhg Tuan Muhammad Adib At-Tamimi selaku Presiden RPU, RPU-Fishing menyertai pertandingan ini yang merupakan pengalaman pertama mereka bertanding bagi kategori pantai.

Kemenangan bukanlah menjadi matlamat utama mereka menyertai pertandingan ini tetapi masa dan peluang yang ada digunakan untuk berdakwah dengan membawa akhlak dan kemesraan ke tengah masyarakat sambil membuat promosi jualan Jus Buah-buahan Ikhwan yang diimport dari Mekah.

Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana kategori pertandingan, RPU-Fishing tetap berpuas hati kerana dapat bersama masyarakat menimba
ilmu memancing yang dipelajari daripada ‘otai-otai’.

Selain melatih diri bersabar dan merintih, menguatkan hubungan hati dengan Tuhan yang menciptakan ikan dan hidupan laut, RPU-Fishing juga mengisi waktu menunggu naiknya ikan dengan mengalunkan Maulid dan Marhaban supaya aktiviti memancing di pantai itu diberkati Allah.

Malahan aktiviti memancing ini dijalankan di celah-celah waktu berlangsungnya Pertandingan Kuda Lasak Peringkat Piala Raja Muda di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, tidak jauh dari situ.

Mukmin yang sejati itu setiap inci hidupnya digunakan dengan melakukan perkara yang memberi faedah pada diri dan orang lain.

Semoga usaha RPU melaksanakan cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan ketika berinteraksi dengan masyarakat diredhai Allah SWT.

Views: 484

Reviews for RPU-Fishing sertai Pertandingan Memancing Pantai di Terengganu

There are currently no reviews for RPU-Fishing sertai Pertandingan Memancing Pantai di Terengganu
Scroll to top