RPU juarai Combat Archery Challenge siri pertama

Views: 24

SHAH ALAM, 06.06.2023
Pasukan Yavus Selim daripada Remaja Pembela Ummah (RPU) telah menjuarai pertandingan Combat Archery Challenge siri pertama di Malaysia, yang telah diadakan di Dayakboi Playground, Jalan Lombong Besi, Kampung Lombong, di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang disertai oleh 12 pasukan ini dianjurkan oleh Akademi Wangsa dengan kerjasama syarikat GISBH, 3 Brothers Archery, Emzec Design, Jeqma Academy Malaysia, Akademi Wangsa dan Syarikat Arrouha selaku penaja utama.

Bagi pertandingan kali pertama ini, GISBH bekerjasama menyediakan 10 buah bunker di samping membuat liputan secara langsung menerusi Facebook RPU dan YouTube Ikhwan Official.

Pasukan Yavus Selim yang diketuai oleh Tuan Muhammad Jundullah At Tamimi juga merupakan Ketua Ikhwan Archery GISBH, telah melepasi 6 perlawanan bagi membolehkan mereka muncul sebagai juara dalam pertandingan ini dan menerima hadiah berupa wang tunai beserta pingat dan sijil penyertaan.

Hadiah telah disampaikan oleh wakil penganjur, En Mohd Zaironizam Daud, yang juga pemilik Syarikat Arrouha yang mengeluarkan produk-produk memanah di Malaysia.

Di sepanjang perlawanan berlangsung, pasukan ini menerima panduan dan tunjuk ajar jarak jauh dari Tuan Mohd Adib At-Tamimi, Presiden RPU, dan Tuan Rezza Mahar kerana kedua-duanya kini berada di GISBH Sydney Australia atas lawatan kerja.

Semoga pertandingan sukan sunnah seperti ini akan dapat mendidik hati para remaja khususnya untuk cinta dan rindukan Rasulullah SAW serta terdorong untuk mencontohi akhlak baginda yang mulia.

Views: 24

Reviews for RPU juarai Combat Archery Challenge siri pertama

There are currently no reviews for RPU juarai Combat Archery Challenge siri pertama
Scroll to top