RPUM bertemu Raja Permaisuri Agong di Masjid Hagia Sophia

Views: 8

ISTANBUL, 22 OGOS 2022
Enam orang RPUM (Remaja Pembela Ummah Muslimah) yang bertugas di Restoran Nur Muhammad Istanbul serta seorang bayi telah berpeluang bertemu DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawkkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Masjid Hagia Sophia di sini semalam.

Raja Permaisuri Agong mengadakan sesi lawatan kali kedua ke Masjid Hagia Sophia setelah lawatan kali pertama dan menunaikan sembahyang Jumaat bersama YDP Agong baru-baru ini.

Para RPUM yang telah menunggu lebih awal di dalam Masjid Hagia Sophia berpeluang menyambut serta bersalaman dengan baginda Raja Permaisuri Agong sebaik sahaja baginda masuk.

Selepas bersalaman dan berkenalan ringkas, Raja Permaisuri Agong berkenan untuk bergambar bersama semua RPUM dan setelah itu RPUM berpeluang mengiringi baginda menziarahi sekitar masjid yang terkenal itu juga berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan sejarah Hagia Sophia.

Sebelum berangkat pulang DYMM Tunku Azizah sekali lagi mencemar duli berbual-bual dengan para RPUM, staf restoran Nur Muhammad Istanbul.

Antara yang baginda tanyakan kepada mereka, “Makanan yang di masak tu smua dari restoran la ya? Sambil Baginda menceritakan kepada rombongan pengiring Baginda yang lain, “Makanan yang kita makan yang sedap tu dia orang ni yang sediakan, murtabak daging dia memang sedap!” ujar Baginda.

Ketika hampir menaiki kenderaan, baginda sempat menegur sambil menghulurkan tangan untuk mendukung Farhana Azura, anak kepada salah seorang staf GISBH yang juga merupakan cucu kepada Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali.

Baginda juga mempelawa para RPUM untuk bergambar sekali lagi sambil baginda sendiri mendukung Farhana Azura.

Baginda dengan mesranya bertanya lagi kepada RPUM, wakil restoran Nur Muhammad setelah Baginda berada di dalam kenderaan, “Kamu semua ke yang masak? Sedap makan.”

“Nanti jumpa lagi ya!” ujar baginda sebelum berangkat pulang ke hotel penginapan.

Semoga Allah limpahkan rahmat dan berkat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong yang sangat mesra dengan rakyat jelata di mana sahaja baginda berada.

Views: 8

Reviews for RPUM bertemu Raja Permaisuri Agong di Masjid Hagia Sophia

There are currently no reviews for RPUM bertemu Raja Permaisuri Agong di Masjid Hagia Sophia
Scroll to top