RPUM sertai kursus mantapkan pengetahuan pembuatan kek dan pastri

Views: 17

SUBANG IMPIAN, 15.10.2022
Seramai 50 orang staf GISBH dari kalangan Remaja Pembela Ummah Muslimah (RPUM) telah menghadiri kursus ‘Professional Certificate In Halal Bakery And Pastery’ pada 3 hingga 7 Oktober 2022, di sini.

Kursus anjuran Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Wilmington Metropolitan University itu telah diadakan di Dewan Perdana Ekhwan, Pusat Perniagaan Ikhwan, Subang Impian.

Kursus ini dikendalikan oleh tiga orang chef yang berpengalaman berkhidmat di hotel-hotel, mengendalikan kursus pembuatan kek, sekaligus menjadi tenaga pengajar kursus-kursus seumpama ini anjuran NGO.

Dalam kursus yang berlangsung selama 5 hari itu, semua peserta telah didedahkan dengan cara pembuatan Butter Cake,
Cheese Tart, Butter Cream, Foundant Pengantin, Mirrow Glaze dan Macaron.

Di majlis penutup telah diadakan penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua peserta dan telah di sempurnakan oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH manakala para peserta kursus pula telah menghadiahkan dua buah alunan nasyid untuk para mentor bertajuk ‘Kemanusiaan’ dan ‘Kasih Sayang’.

Salah seorang tenaga pengajar, Chef Lenggesh, mengatakan beliau merasa teruja kerana dijemput untuk turut serta mengendalikan kursus yang dianggap ‘terbaik’ dalam sejarah hidupnya.

Menurutnya, sikap kasih sayang, hormat menghormati, kerjasama antara peserta dan tenaga pengajar, komited dengan tugasan, menonjolkan kreativiti masing-masing, mengajar beliau ertikata kepimpinan sebenar dalam syarikat ini.

Perniagaan di dalam Islam bukan semata-mata ingin mengaut keuntungan, ia boleh menjadi medan dakwah jika kita jadikan Islam sebagai cara hidup di dalam semua keadaan.

Views: 17

Reviews for RPUM sertai kursus mantapkan pengetahuan pembuatan kek dan pastri

There are currently no reviews for RPUM sertai kursus mantapkan pengetahuan pembuatan kek dan pastri
Scroll to top