Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Istanbul meriah dengan tetamu pelbagai negara

Views: 12

ISTANBUL, 14.05.2022
Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran GISBH Turki disambut meriah hari ini di sini dengan kedatangan lebih 130 orang tetamu dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Turki termasuk ulama sufi terkenal, Syeikh Mustafa Al-Mubarak dan Consul General (CG) Malaysia di Istanbul, Tengku Zaraif bin Raja Abdul Kadir.

Program tahunan yang telah menjadi tradisi GISBH di sini bertujuan untuk
mengeratkan lagi silaturrahim warga GISBH Istanbul dengan kenalan-kenalan khasnya rakyat Malaysia dan Indonesia yang tinggal di Turki setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat Pandemik Covid-19.

Tetamu berpeluang memilih menu-menu masakan Malaysia yang dihidangkan di gerai-gerai seperti nasi minyak, ayam masak merah, acar jelatah, lemang, rendang daging dan organ dalaman, nasi himpit, kuah kacang, sate ayam dan kambing golek dan menikmatinya sambil menonton persembahan nasyid di tepi kolam renang.

Antara masakan yang paling mendapat sambutan ialah Char Kuetiaw di ‘stall’ masakan panas, cendol dan roti canai.

Aktiviti lain yang menjadi tarikan rumah terbuka kali ini ialah cabutan bertuah, menunggang kuda, memanah, perlawanan tinju serta melawat dua buah motorhomes
GISBH yang telah merentasi UAE, Saudi, Mesir dan menuju ke Eropah.

Syeikh Mustafa Al-Mubarak, walaupun kelihatan uzur, dapat meluangkan masa yang agak lama menghayati hadrah yang dipersembahkan oleh anak-anak Sekolah Rendah Al-Fateh. Beliau yang berketurunan Rasulullah SAW, memiliki lebih 200 helai janggut baginda SAW dan telah menghadiah empat helai daripadanya kepada Pengerusi Eksekutif GISBH.

Antara yang hadir juga walaupun agak lewat ialah CG Konsulat Malaysia di Istanbul, Tengku Zaraif bin Raja Abdul Kadir yang berkata,
“Jemputan GISBH, macam mana keadaan pun, saya tetap kena datang!” memperlihatkan komitmen beliau.

Setelah menjamu selera, Tuan CG bergambar beramai-ramai dengan para RPU dan mengucapkan terima kasih kepada para pimpinan GISBH atas program yang dibuat untuk meraikan rakyat Malaysia di Istanbul.

Moga majlis yang meriah penuh kemesraan ini menguatkan hubungan silaturrahim antara warga GISBH dengan seluruh lapisan masyarakat samada rakyat Malaysia dan Indonesia di sini, kenalan di kalangan rakyat Turki sendiri juga pihak Konsulat Malaysia di Istanbul.

Views: 12

Reviews for Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Istanbul meriah dengan tetamu pelbagai negara

There are currently no reviews for Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Istanbul meriah dengan tetamu pelbagai negara
Scroll to top