Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Negeri Sembilan meriah

Views: 104

BANDAR BARU ENSTEK, 28.05.2022 Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Negeri Sembilan di sambut meriah dengan kedatangan tetamu bertali arus dari sekitar Negeri Sembilan dan Melaka tanpa mengira bangsa dan agama yang berlangsung di perkarangan Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Baru Enstek di sini kelmarin.
Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara GISBH dengan seluruh lapisan masyarakat khasnya para pelanggan, rakan niaga dan kenalan GISBH di Negeri Sembilan lebih-lebih lagi setelah dua tahun tidak dapat diadakan kerana wabak Covid-19 yang melanda.

Sebanyak 13 buah khemah dipasang untuk hidangan pelbagai juadah secara bufet dan beberapa meja VIP dengan menu siap terhidang menanti ketibaan tetamu yang tidak putus-putus datang hingga dianggarkan melebihi 1000 orang.

Antara Menu yang menjadi tarikan ialah kambing bakar, ayam bakar, ketupat, lemang, nasi himpit, rendang, nasi beriani, sate ayam, kuah kacang, pelbagai pilihan air minuman, cendol, beraneka jenis kuih raya dan pencuci mulut untuk dinikmati sambil menonton persembahan nasyid di pentas. Kanak-kanak pula berpeluang bermain supa-dupa, kereta mainan dengan alat kawalan, skuter eletrik dan basikal eletrik di padang permainan bersebelahan dengan tapak khemah utama.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan rumah terbuka ini ialah Tuan Hj. Darus sahabat lama YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH bersama rakannya Tuan Hj Khairuddin. Sekarang Tuan Hj. Darus bekerjasama dengan GISBH membangunkan sebidang tanah yang terdapat Sabak Arang di Kuala Linggi Melaka.

Antara tetamu lain ialah Sheikh Haji Mohd Zaki bin Sheikh Hj Ahmad. Beliau merupakan anak kepada mufti pertama Negeri Sembilan, Sheikh Haji Ahmad bin Haji Mohd Said atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Said Linggi yang mempunyai 40 orang anak. Sheikh Haji Mohd Zaki adalah Mudir Pondok Al-Ahmadiah Rasah
juga merupakan adik beradik kepada Almarhum Sheikh Murtadza Sheikh Ahmad bekas Mufti Negeri Sembilan yang ketiga.

Turut hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka ini, Dato Hj Zulkefli Hj Shamsudin, AJK Pendidikan Masjid An Nur Rembau, Hj Mohd Zulkarnain Hj Mohd Salleh Setiausaha kepada Tuan Syeikh Mohd Zaki dari Aswad Travel, Ustaz Hj Muslal, Mantan Pengerusi ABIM Rembau dan kini sebagai Mutawwif Haji Umrah Juara Travel.

Sahabat-sahabat GISBH di kalangan pihak keselamatan Jelebu juga hadir menerima jemputan iaitu
ASP Mohammad Azmir bin Sahibon, Inspektor Abu Anas bin Ramli, Inspektor Mohammad Naqip bin Abd Rahim dan Mohamad Faizal bin Ujang.

Majlis juga di serikan dengan kedatangan YDH Tuan Mohd Adib At-Tamimi, CCO GISBH yang hadir bersama beberapa orang Pengarah GISBH. YDH CCO sempat menyantuni para tetamu dan anak-anak yang hadir di majlis ini.

Moga Allah rahmati seluruh majlis yang dibuat dengan niat menguatkan silaturrahim dan berkasih sayang agar lebih banyak kerjasama dapat dilaksanakan untuk kebaikan Islam dan umatnya.

Views: 104

Reviews for Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Negeri Sembilan meriah

There are currently no reviews for Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Negeri Sembilan meriah
Scroll to top