Rumah Terbuka GISBH Selatan 2023 meriah dengan kehadiran lebih 10 ribu tetamu

Views: 87

BANDAR ENSTEK, 15.05.2023
Rumah Terbuka Aidil Fitri Wilayah Selatan 1444H – 2023H anjuran GISB Holdings Sdn Bhd mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 10 ribu orang pengunjung khususnya semasa keberadaan YDH Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan Pengurusan Tertinggi syarikat di sini semalam.

Rumah terbuka tersebut diadakan di perkarangan restoran GH Corner, Jalan Timur 6/2, Bandar Baru Enstek Negeri Sembilan dari 10 pagi hingga 12 malam dengan didirikan sebuah khemah Marquee dan 10 buah khemah Arabian.

Di khemah Marquee terdapat pameran penerangan Syarikat GISBH dan pameran serta jualan produk-produk Ikhwan Brand, hidangan bufet, meja makan VIP dan umum serta pentas. Di khemah Arabian pula terdapat ruang makan umum tambahan.

Antara juadah utama ialah kambing golek, kambing bakar, nasi beriani, nasi putih, lemak cili api perut dan rebung, ayam masak merah, acar nenas , masak lemak nenas ikan masin, terung belado , sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan

Terdapat juga juadah yang dihidangkan di 21 buah gerai seperti rendang ayam dan lemang, ketupat nasi , sate ayam, daging, nasi himpit dan kuah kacang, ayam goreng ikhwan, pelbagai jenis mi sup, roti canai, char kuetiau , mee lambak, spaghetti bolognese, spaghetti carbonara, pisang goreng, keledek goreng, keropok lekor, ayam goreng, ais krim Ikhwan, kuih muih pencuci mulut dengan jumlah semua hidangan sebanyak 35 jenis dan 6 jenis air minuman

Antara tetamu VIP yang hadir, YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Hj Abdullah, Undang Luak Johol, YB Dato’ Ismail bin Hj Ahmad, EXCO Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, YB Puan Nicol Tan Lee Koon, EXCO Hal Ehwal Wanita & Kebajikan Negeri Sembilan, YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dr Syuhadak bin Mahmud, Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamed Nazir Meraslam, Chairman Malaysia Pakistan Business Council,
Dato’ Abd Aziz bin Jamaludin, mantan YDP YADIM, Dato’ Hj Zulkifli bin Shamsudin, AJK Biro Agama dan Pendidikan Masjid An Nur Rembau.

Turut hadir ialah Dato’ Dr Khalid bin Hj Amat, Pengerusi Masjid Warisan Lama, Kampung Pilin, Rembau di mana ayah beliau adalah rakan sekelas Almarhum Ustaz Ashaari, pengasas GISBH.

Antara yang hadir juga, Dato’ Ujad, Pengasas Jad Travel & Tours (M) Sdn Bhd. Dato’ Haji Mohd Lukhman bin Haji Ghani , Pegawai Khas YAM Tengku Razaleigh bin Hamzah dan isteri Dato Nora binti Haji Sulaiman, Dato’ Mansor bin Othman, Mantan Pengarah Kementerian Komunikasi & Multimedia, Dato’ Hj Buang bin Kormin dan Anita Yusop, Pengarah Urusan Anita Entertainment & Productions, Presiden Anita Bikers.

Turut hadir, Dr Abu Hassan bin Muhammad Ali, Mantan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia yang merupakan abang kandung kepada Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH.

Antara ulasan YB Mas Ermieyati, beliau teruja kerana tiada yang membuat Majlis Rumah Terbuka sebegini lama dari pagi hingga nalam melainkan GISBH. Pada beliau ada rasa kebersamaan GISBH yang sangat kuat kerana yang menjayakan program ini gabungan dari beberapa wilayah.

Beliau nampak para belia di dalam GISBH sangat berperanan dan bila mereka diberi peluang, mereka dapat buat yang terbaik. Sambutan daripada masyarakat setempat juga membuktikan GISBH mendapat tempat di hati mereka.

YB Puan Tan Lee Koon, ADUN Bukit Kepayang, Seremban daripada parti DAP berterima kasih atas jemputan GISBH dan mengatakan majlis ini sangat baik untuk menjalinkan siraturrahim dengan semua lapisan masyarakat sebab hari-hari biasa masing-masing sibuk.

Moga dengan majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara GISBH dengan para pelanggan, rakan niaga dan seluruh umat Islam dan bukan Islam di semua lapisan masyarakat.

Majlis rumah terbuka GISBH yang seterusnya ialah di GISBH Lembah Kelang pada 20 Mei di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang dan GISBH Zon Borneo (Sarawak) pada 20 Mei, Pusat Perniagaan Ikhwan Kuching, Taman Bunga Raya, Kuching.

Seluruh muslimin muslimat dan umum rakyat Malaysia dijemput hadir ke majlis rumah terbuka GISBH di mana sahaja anda berada.

Views: 87

Reviews for Rumah Terbuka GISBH Selatan 2023 meriah dengan kehadiran lebih 10 ribu tetamu

There are currently no reviews for Rumah Terbuka GISBH Selatan 2023 meriah dengan kehadiran lebih 10 ribu tetamu
Scroll to top