Sheikhul Islam Thailand merasmikan Madrasah Darus Salam Khlong Nueng

Views: 480

PATHUM THANI, 12.02.2024,
Sheikul Islam Thailand yang baharu, Arun Boonchum telah hadir ke Kampung Khlong Nueng untuk merasmikan sebuah pusat pendidikan baharu, Madrasah Darus Salam di sini hari ini.

Majlis rasmi ini dihadiri lebih 800 orang di kalangan alim ulama, guru-guru, imam-imam, orang-orang kenamaan, pegawai tentera dan polis, pelajar-pelajar pengajian Islam dan penduduk kampung.

Antara wakil dari Malaysia yang hadir, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, YBhg Tn. Hj. Hasnan Abd Hamid bersama 3 pimpinan yang lain.

Program dimulakan dengan sambutan ketibaan Sheikul Islam, bacaan Maulid Nabi dan Marhaban, perasmian Masrasah Darus Salam milik keluarga Almarhum Tn. Muhammad Adam dengan simbolik menarik tirai penutup, bacaan doa dan penyampaian hadiah serta jamuan makan.

Ketika Pegawai Tadbir Syarikat GISBH, En. Ashaari Muhammad bertemu Sheikul Islam, beliau berkata;
“Saya sangat mengingati ayah kamu, Almarhum Dato’ Cumat Adam kerana sama-sama belajar di Mekah dahulu…”

Di program ini juga, 6 orang Remaja Pembela Ummah Thailand (RPU) berkhidmat membantu pasukan dapur bergotong royong menghidang dan mengemas peralatan.

Moga hubungan baik GISBH dengan semua anggota masyarakat di Thailand akan menguatkan ukhuwah dan kasih sayang.

Views: 480

Reviews for Sheikhul Islam Thailand merasmikan Madrasah Darus Salam Khlong Nueng

There are currently no reviews for Sheikhul Islam Thailand merasmikan Madrasah Darus Salam Khlong Nueng
Scroll to top