ISTANBUL, 27.11.2023
Sidang Kemuncak Halal Dunia ke-9 dan Ekspo Halal OIC ke-10 telah melabuhkan tirainya di sini semalam dengan jumlah kehadiran seramai 40,000 orang di mana 10,000 daripadanya dari datang dari luar negara.
Acara yang bermula pada Khamis untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal mengikut prinsip Islam itu menarik penyertaan 500 syarikat terkenal dari 45 negara.
Ia dirasmikan pada Khamis dengan penyertaan 500 syarikat terkenal dari 45 negara.
“Halal Summit-Istanbul 2023”, yang dikenali sebagai laluan kepada ekonomi halal global, adalah projek yang sangat komprehensif dan menguntungkan Turkiye khususnya kerana projek ini menyumbang kepada ekonomi negara dan mengumpulkan lebih 500 pelabur dari luar negara di Turkiye. Ia bererti ini menambah sumbangan pelabur asing kepada ekonomi negara, serta memastikan aliran mata wang asing ke dalam negara.
Kesedaran masyarakat dunia terhadap kepentingan produk halal menyebabkan permintaan terhadap pasaran halal semakin meningkat dari hari ke hari.
Halal bukan hanya pada makanan yang kita makan semata-mata, ia adalah makan, minum, pakaian, pergaulan, kebudayaan dan lain-lain. Produk halal adalah cara hidup yang betul. Produk halal bererti kehidupan yang sihat fizikal, akal dan roh.
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali sangat komited dengan penglibatan GISBH dalam program bertaraf dunia ini dan menjadi penaja utama kerana peranan Sidang Kemuncak ini dalam menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas nama produk halal yang menjadi keperluan setiap manusia.
Di sini beliau bertemu kenalan baru dan sahabat lama untuk menguatkan ukhuwah dan kasih sayang juga meneruskan kerjasama seperti Mr Marat Kabaev, Presiden International Association Of Islamic Business (IAIB) dari Rusia di mana GISBH juga merupakan anggota IAIB.
Beliau yang sangat menghargai persahabatan dengan GISBH gembira diraikan di Pavallion GISBH dengan jamuan, persembahan dan menerima plak penghargaan daripada Tuan Pengerusi Eksekutif.
Mr Marat Kabaev dan rombongannya teruja dengan GISIB yang merupakan penaja utama Sidang Kemuncak ini khususnya penganjuran makan malam GISBH yang menakjubkan dengan persembahan kanak-kanak dan kepelbagaian budaya Islam Malaysia.
Di Sidang Kemuncak ini juga para peserta menyatakan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan serangan dan penzaliman Israel terhadap orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Moga Sidang Kemuncak Halal dan Ekspo Halal seperti ini menjadi sebab umat Islam bersatu dan bekerjasama agar umat Islam dihormati oleh kawan dan lawan.