Soft Launching Aeilah Mart pertama di Shah Alam

Views: 121

SHAH ALAM, 16.04.2023
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH telah merasmikan sebuah premis baru jualan runcit di bawah GISBH yang dinamakan Aeilah Mart di sini petang ini.

Premis yang terletak di Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, Shah Alam ini berdekatan dengan Ikhwan Cafe Shah Alam tidak jauh dari pintu utama Stadium Shah Alam.

Perkataan Aeilah berasal dari bahasa Arab bererti keluarga menggambarkan konsep sebenar kedai ini bersifat kekeluargaan iaitu menjadikan kemesraan seperti satu keluarga sebagai asas dalam hubungan dengan para pelanggan.

Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali merancang untuk membangunkan 222 buah Aeilah Mart di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memberi khidmat kepada seluruh lapisan masyarakat dengan menyediakan barang-barang keperluan harian khususnya makanan yang ‘halalan toiyiban’.

Di samping itu ia juga dijadikan pusat sehenti untuk seluruh anggota masyarakat mendapatkan maklumat setempat dan berkongsi apa jua masalah yang akan dibantu dengan sesi nasihat dan kaunseling atau diperpanjangkan kepada mereka yang berkenaan untuk diselesaikan.

Uniknya Aeilah Mart ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh RPU lelaki dan perempuan sebagai contoh kepada masyarakat bagaimana golongan remaja boleh berperanan memberi khidmat kepada orang ramai sebagai melaksanakan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, sebaik-baik manusia, mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

‘Soft Launching’ ini dimulakan dengan pemotongan reben oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten diiringi YBhg Tuan Afdhaluddin Latif, Tuan Hanzalah Ahmad Zahari dan Tuan Muhammad Ubadah Ashaari bersama alunan selawat ke atas Nabi SAW oleh para Remaja Pembela Ummah (RPU).

Seterusnya YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten menandatangani plak perasmian, ditutup dengan bacaan doa oleh Tuan Muhammad Ubadah dan lawatan YH Dato’ Lokman Hakim ke seluruh sudut premis serta menyantuni staf-staf Aeilah Mart.

Moga dengan adanya premis Aeilah Mart dengan konsep yang baharu ini, ia bakal membantu seluruh masyarakat dalam menyelesaikan masalah hidup mereka.

Views: 121

Reviews for Soft Launching Aeilah Mart pertama di Shah Alam

There are currently no reviews for Soft Launching Aeilah Mart pertama di Shah Alam
Scroll to top