Soft Launching ‘Blue Macaw Cafe’ kerjasama antara GISBH dengan Mantan Timbalan PM Thai

Views: 18

CHACHOENGSAO 26.02.2023
Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof Dr Bhokin Bhalakula, Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah sama-sama menandatangani plak perasmian di majlis Soft Launching, Blue Macaw Cafe di Suan Palm Farm Nok di sini hari ini.

Sejak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 22.07.2022 antara Persatuan Kebudayaan dan Ekonomi Thai-Cina (TCEA) diwakili oleh pengerusinya Prof Dr Bhokin Bhalakula, SuanPalm Farmnok Company Limited (SFC),Thailand, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cik Jidapa Tansawat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah berlaku dua kerjasama dengan Dr. Bhokin iaitu di bidang poultry dan F&B melalui projek ternakan ayam premium atau Ayam Sihat Ikhwan dan pembukaan restoran berkonsep Fusion.

Dalam kerjasama ini, GISBH menyediakan kepakaran dan sebahagian besar tenaga kerja manakala di pihak Dr Bhokin pula menyediakan tempat, peralatan dan modal.

Blue Macaw Cafe menyediakan masakan Malaysia, Barat dan antara bangsa seperti spaghetti aglio di mare, fettucine carbonara, fettucine alfredo, macaroni & cheese, smoked chicken salad, classic caesar salad, crispy spiced fried calamari,
shepherd’s pie, creamy mushroom soup, creamy zuppa mare soup, savoury meatball, mashed potatoes, French fries, garlic bread, deep fried chicken chop, deep fried sea bass fish & chips, grilled chicken breast, grilled sea bass fish, Ikhwan Smoked Chicken, Arabian Mandy Rice chicken and lamb, Karachi Biryani chicken and lamb, fisherman’s platter, chicken scallopini, butter rice dan lain-lain.

Dr Bhokin yang telah mencuba setiap jenis masakan di kafe ini berpuas hati dan memuji keenakan masakan yang disediakan oleh para Chef GISBH dan menganggap masakan mereka sangat mengkagumkan.

Beliau yang berkelulusan jurusan undang-undang dari Perancis mengambil kesempatan memperkenalkan Tuan Chairman GISBH kepada rakan-rakannya yang berasal dari Perancis yang berkunjung ke kafe ini.

Majlis menandatangani plak perasmian di Blue Macaw Cape yang beralamat di 25 หมู่ที่ 6 Bang Talat, Khlong Khuean District, Chachoengsao 24110, Thailand ini diiringi dengan alunan selawat ke atas Rasulullah SAW beramai-ramai untuk mengambil keberkatan.

Dr Bhokin berterima kasih kepada Tuan Chairman GISBH, Dato’ CEO dan seluruh kepimpinan GISBH kerana pasukan GISBH sangat memberi kerjasama dalam menjayakan projek-projek yang dipersetujui bersama membuktikan kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam sangat boleh dilaksanakan jika tepat pemilihannya.

Moga kerjasama antara Syarikat GISB Holding’s Sdn. Bhd. dengan Dr. Bhokin menambahkan keyakinan bukan Islam di Thailand terhadap agama Islam dan orang-orang Islam agar bertambah banyak lagi kerjasama di masa akan datang untuk melahirkan masyarakat yang aman makmur dan harmoni.

Views: 18

Reviews for Soft Launching ‘Blue Macaw Cafe’ kerjasama antara GISBH dengan Mantan Timbalan PM Thai

There are currently no reviews for Soft Launching ‘Blue Macaw Cafe’ kerjasama antara GISBH dengan Mantan Timbalan PM Thai
Scroll to top