Staf GISBH Tioman bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong

  • April 1, 2022
Views: 61

TIOMAN, 31.03.2022
Staf-staf GISBH Tioman telah berpeluang bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad di sini hari ini semasa berada di Pantai Bunut yang terletak di antara Berjaya Resort dan Kampung Paya.

Ketika staf-staf GISBH sedang mandi di lokasi tersebut, telah tiba bot yang membawa Tuanku Abdullah yang datang untuk melawat tanah milik baginda di pulau peranginan yang merupakan salah satu dari 10 buah pulau tercantik di dunia ini.

Apabila para staf GISBH menghampiri rombongan baginda, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdullah terus menyapa penuh mesra, bertanyakan khabar.

Para staf GISBH mengambil peluang menceritakan perkembangan syarikat GISBH di pulau Tioman yang telah membeli sebidang tanah untuk dibangunkan sebuah ‘Islamic Resort’.

Yang di-Pertuan Agong mendengar penuh perhatian dan memberi komentar menyokong usaha-usaha GISBH, “Eloklah, cuma kedudukan tanah di Lot 2, kos pembinaannya agak tinggi, tapi tak apa, Ikhwan kaya.” Ujar baginda.

Begitulah sikap baginda yang prihatin dan mesra rakyat, meluangkan masa bertanya khabar dan mendengar perkembangan pembangunan resort Ikhwan di Tioman.

Moga Allah anugerahkan kekayaan yang sesuai dengan keperluan GISBH untuk membangunkan projek-projek untuk keperluan seluruh umat Islam agar dapat menjadikan Islam sebagai cara hidup di mana sahaja mereka berada.

Views: 61

Reviews for Staf GISBH Tioman bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong

There are currently no reviews for Staf GISBH Tioman bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong
Scroll to top