Suara azan Sekolah Islam Patthana menarik perhatian pelancong Arab

Views: 4

PHUKET, 02.01.2023
Laungan azan oleh pelajar sekolah Islam Patthana telah mendorong dua orang pelancong Arab datang melawat sekolah tersebut dan menyampaikan sumbangan mereka di sini, baru-baru ini.

Dua orang pelancong yang berasal dari Dubai, UAE tetapi tinggal di Sepanyol ini telah bertanya kepada seorang warga tempatan yang hanya dikenali sebagai saudara Yahya, dari masjid mana datangnya laungan azan tersebut kerana mereka ingin memberi sumbangan.

Apabila diberitahu ia datang dari Islam Patthana School, keduanya terus berkunjung ke sekolah tersebut menaiki motor bersama saudara Yahya.

Kedatangan tetamu tersebut, telah disambut dengan alunan nasyid selawat dalam bahasa Arab oleh pelajar-pelajar sekolah Islam Patthana walaupun tanpa persiapan awal.

Tetamu kelihatan terhibur dan gembira dengan penampilan para pelajar dengan pakaian jubah dan serban malah kedua-duanya memeluk mesra pelajar-pelajar.

Islam Patthana School adalah sebuah sekolah milik syarikat GISBH yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun di Phuket dan diasaskan oleh Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas GISBH.

Itulah hikmah dari Allah, azan yang merupakan syariat-Nya menjadi syiar untuk memanggil-manggil manusia menyembah-Nya dan akhirnya berkasih sayang sesama manusia serta bertolong bantu.

Views: 4

Reviews for Suara azan Sekolah Islam Patthana menarik perhatian pelancong Arab

There are currently no reviews for Suara azan Sekolah Islam Patthana menarik perhatian pelancong Arab
Scroll to top