Sumbangan bakul makanan GISBH kepada Persatuan Veteran Tentera Cawangan Muar

Views: 6

MUAR, 17.04.2022
GISBH melalui badan kebajikannya, Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah menyertai majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Muar di Pejabat PVATM Muar, No 188 Jalan Sulaiman, di sini hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih seratus lima puluh orang ahli veteran ATM juga balu ahli yang telah meninggal dunia itu dimulakan dengan bacaan selawat diikuti dengan ucapan oleh Tuan Mohd Shukri bin Mohd Noor bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten diikuti dengan ucapan oleh ADUN Maharani, YB Tuan Haji Abdul Aziz Bin Talib.

Setelah itu, sebanyak 318 buah kotak barang-barang keperluan makanan harian yang bernilai RM15,000.00 sumbangan GISBH diserahkan kepada para penerima.

Para RPU GISBH juga menyantuni para penerima dengan membawa kotak-kotak sumbangan ke kenderaan masing-masing malah membantu menghantarnya ke rumah bagi yang hanya datang berbasikal.

Ketua Persatuan Veteran ATM Cawangan Muar, En Shamsuddin Hj. Rais mengucapkan ribuan
terima kasih kepada GISBH kerana banyak membantu ahli Persatuan Veteran ATM khususnya dari sudut keperluan makanan harian sejak dari awal PKP yang lalu lagi.

Beliau mendoakan agar syarikat GISBH bertambah maju dan murah rezeki di masa hadapan dan dapat memberi lebih banyak bantuan kepada masyarakat.

Views: 6

Reviews for Sumbangan bakul makanan GISBH kepada Persatuan Veteran Tentera Cawangan Muar

There are currently no reviews for Sumbangan bakul makanan GISBH kepada Persatuan Veteran Tentera Cawangan Muar
Scroll to top