Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra menempah katering dari Ikhwan Cafe Sydney

Views: 19

CANBERRA, 16.05.2023
Ikhwan Cafe Sydney mendapat tempahan katering daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra yang di ketuai oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi En. Abu Hirzan Mustapha untuk jamuan 300 orang di sini semalam.

Katering untuk Majlis Simfoni Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra itu untuk meraikan kakitangan kerajaan dan warga Malaysia yang tinggal sekitar Canberra dan Sydney.

Inilah kali pertama Ikhwan Cafe Sydney mendapat tempahan katering Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra setelah Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH sendiri mempromosikan Ikhwan Cafe Sydney kepada pihak Suruhanjaya Tinggi sewaktu lawatan beliau ke Canberra baru-baru ini.

Antara menu yang dihidangkan adalah nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, jelatah atau acar, nasi himpit, kuah kacang, kuah lontong, sate ayam dan daging, sambal ikan bilis, teh tarik dan air sirap selasih.

Rombongan GISBH seramai 7 orang yang diketuai oleh Ketua Pegawai Kordinasi merangkap Presiden
Remaja Pembela Ummah (RPU), YDH Tuan Mohd Adib At-Tamimi hadir bagi memeriahkan majlis dengan disambut sendiri oleh En Abu Hirzan.

En Abu Hirzan dalam ulasannya melahirkan rasa bersyukur kerana mendapat sokongan dari GISBH melalui khidmat katering di mana staf-staf katering Ikhwan Cafe Sydney sanggup datang dari Sydney sehari lebih awal untuk membuat persiapan.

En Abu Hirzan juga berkongsi pertemuan beliau dengan Tuan Pengerusi Eksekutif sewaktu lawatan rombongan GISBH ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia tempoh hari di mana beliau dihadiahkan kurma dari Madinah daripada Pengerusi Eksekutif. Beliau meluahkan rasa kagum dengan keperibadian Tuan Nasiruddin yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat ‘humble’.

En Abu sangat menyokong cadangan GISBH untuk membuka restoran di Canberra kerana tidak banyak kedai makan halal di sana. Ia memudahkan pihak Suruhanjaya Tinggi membawa delegasi yang datang ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk menjamu selera di Restoran GISBH sekaligus mempromosi produk Malaysia.

Kunjungan rombongan GISBH diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian Biskut Raya Ikhwan daripada YDH Tuan Adib kepada En Abu Hirzan.

Semoga pertemuan ini merapatkan lagi silaturrahim yang membuahkan kerjasama di antara GISBH dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini untuk kebaikan semua khususnya masyarakat Melayu Islam agar Islam terus menang dan berwibawa.

Views: 19

Reviews for Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra menempah katering dari Ikhwan Cafe Sydney

There are currently no reviews for Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra menempah katering dari Ikhwan Cafe Sydney
Scroll to top