Syarikat Pelancongan Maghribi berminat membawa pelancong ke Malaysia

Views: 225

RAWANG, 12.05.2024
En. Mohamed Boukarroum, pengarah syarikat pelancongan Amical Tours dari Agadir, Maghribi menyatakan minatnya untuk membawa pelancong-pelancong dari Maghribi ke Malaysia dalam kunjungannya ke ibupejabat GISB Holdings Sdn. Bhd. di sini semalam.

Beliau yang hadir bersama Pengurus Pemasaran Amical Tours, En. Brahim El Ghouzali, sempat mengadakan lawatan ringkas ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPIBCH), Rawang khasnya ke ibu pejabat baru syarikat.

Kedua tetamu mendapat taklimat mengenai akuarium air laut di lobi ibupejabat GISBH dan sistem pengendaliannya sebelum dibawa menonton profil GISBH, filem pendek mengenai Ayam Sihat Ikhwan dan Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah di Panggung Ikhwan.

“Ini pejabat baru, beberapa tahun lepas saya datang ke sini, tidak seperti ini,” ujar En. Mohamed ketika ingin bergambar di hadapan bendera Malaysia dan GISBH.

Seterusnya di adakan perbincangan khusus berkaitan pelancongan dengan wakil Global Ikhwan Travel & Tours (GITT), Hj. Haizad Ali.

Selain lawatan ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Genting Highlands dan Langkawi, En Mohamed melihat potensi PPIBCH sebagai tempat lawatan dengan nuasa Islamik yang ada padanya.

Usai sesi perbincangan, tetamu menyambung sesi lawatan ke premis-premis yang lain seperti Poliklinik Ikhwan, Galeri Ikhwan, Ikhwan Bakery dan Stable Kuda Ikhwan Ekuestrian.

Setelah jamuan minum petang di Rostoran GH Corner, tetamu dihantar pulang ke hotel penginapan di Kuala Lumpur.

Sudah sampai masanya warga GISBH PPIBCH mempersiapkan diri dari semua sudut untuk menerima tetamu antarabangsa agar keindahan hidup dalam dalam sistem Islam yang indah dapat dirasai bersama.

Views: 225

Reviews for Syarikat Pelancongan Maghribi berminat membawa pelancong ke Malaysia

There are currently no reviews for Syarikat Pelancongan Maghribi berminat membawa pelancong ke Malaysia
Scroll to top