Syarikat Telekom Malaysia Temerloh raikan staf di GH Corner

Views: 14

TEMERLOH, 27.06.2022
Unit Access Network Delivery (AND), Syarikat Telekom Malaysia Berhad cawangan Temerloh telah mengadakan satu majlis makan tengahari untuk meraikan 3 orang stafnya yang akan menamatkan perkhidmatan pada penghujung bulan Jun, di GH Corner, salah sebuah dari rangkaian restoran GISBH di sini baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri oleh 23 orang staf Syarikat Telekom Malaysia Temerloh bersama pengurus Unit Access Network Delivery (AND), En Mohamad Hafiz itu diisi dengan ucapan-ucapan penghargaan, penyampaian hadiah kepada staf-staf yang diraikan dan jamuan makan.

Restoran GH Corner Temerloh menyediakan hidangan nasi Arab, ayam bakar, salatah (acar), buah-buahan dan jus mangga secara bufet.

En Mohamad En Hafiz mewakili para stafnya merakamkan terima kasih atas hidangan yang disediakan, layanan mesra pihaknya GH Corner, tempat yang selesa serta harga yang berpatutan dan menyatakan ingin datang lagi ke situ di masa akan datang.

GH Corner Temerloh dan seluruh rangkaian restoran Ikhwan sedia berbincang dengan mana-mana pihak, kerajaan atau swasta, NGO atau pusat-pusat pengajian, parti politik, AJK Masjid atau majlis kekeluargaan juga pertemuan semula alumni tertentu untuk diadakan di premis restoran Ikhwan untuk terus memperbanyakkan khidmat kepada masyarakat.

Moga moto GISBH, ‘Berjiwa dan Membahagiakan’ benar-benar menjadi amalan setiap warga Ikhwan dalam setiap perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.

Views: 14

Reviews for Syarikat Telekom Malaysia Temerloh raikan staf di GH Corner

There are currently no reviews for Syarikat Telekom Malaysia Temerloh raikan staf di GH Corner
Scroll to top