Syiar Islam melalui Motorhome GISBH di Dagestan

Views: 636

KASPIYSK, 7 Julai 2024
Dua buah kenderaan motorhome GISBH telah berjaya melepasi border untuk memasuki Rusia baru-baru ini dengan urusan kemasukan yang lebih mudah dibanding ketika memasuki Arab Saudi dan Turkiye.

Pada peringkat awal, wakil International Assembly of Islamic Business (IAIB) Hj. Abdullah, meminta supaya motohome ditinggalkan atau tidak dibawa dalam lawatan sekitar Dagestan tetapi YBhg Tn. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH tetap hendak membawanya untuk syiar. Akhirnya terjawab apa yang dibuat oleh Tn. PE GISBH adalah untuk silaturrahim.

Walaupun proses di sempadan Georgia-Dagestan memakan masa yang agak lama kerana terlalu ramai orang di sempadan, para pegawai sempadan Rusia sangat mesra dan menghormati rombongan GISBH. Mereka meminta izin sebelum masuk ke motorhome dan sanggup memakai alas kaki.

Dalam perjalanan, rombongan berhenti di satu kawasan lapang di tepi sebuah tasik di mana Tn. PE GISBH menjadikan motohomes Ikhwan sebagai surau untuk menunaikan sembahyang berjemaah. Ia menjadi syiar Islam kepada orang ramai.

Motorhome tersebut menarik perhatian penduduk Dagestan untuk datang meninjau dan bertegur sapa dengan ahli rombongan yang memberi ruang untuk bersilaturrahim dan berdakwah.

Begitulah Allah memahamkan Hj Abdullah tujuan Tn. PE GISBH terus membawa motorhome ke mana-mana kerana ia menjadi syiar Islam yang sangat berkesan dalam berdakwah.

Ybhg Tn. PE GISBH juga bersetuju apabila Hj. Abdullah ingin meletakkan logo IAIB di motorhome sebagai tanda sokongan IAIB terhadap misi perjalanan Mekah-Melaka sempena International Islamic Trade and Tourism Expo (IITTE) awal bulan hadapan.

Moga Allah jadikan motorhome GISBH sebagai sebab untuk ramai orang mendapat hidayah kepada Islam selain memperkenalkan negara Malaysia kepada masyarakat dunia.

Views: 636

Reviews for Syiar Islam melalui Motorhome GISBH di Dagestan

There are currently no reviews for Syiar Islam melalui Motorhome GISBH di Dagestan
Scroll to top