Takziah kepada Dr. Mahmood Zuhdi dan seluruh keluarga atas pemergian Dr. Mohamad Kamil

Views: 15

KUALA LUMPUR, 21.07.2022
GISBH mengucapkan takziah kepada Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan seluruh ahli keluarga Profesor Dr. Mohamad Kamil Bin Haji Abdul Majid atas kembalinya menemui Pencipta pada malam 20.07.2022.

Profesor Dr. Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid ialah seorang tokoh akademik dan pendakwah yang tidak asing lagi di Malaysia.

Beliau merupakan Pengerusi dan pengasas Yayasan Usuluddin Malaysia sejak 2016 dan pernah memegang jawatan penting di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Almarhum dilahirkan pada 1950 di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu, Kelantan itu juga adalah adik kepada seorang tokoh Islam Malaysia, Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan lima orang pegawai dan staf GISBH mewakili seluruh pimpinan syarikat telah memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum dan menunaikan solat jenazah di Masjid Darul Ehsan 2215 Subang Jaya yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

Semoga Allah menganugerahkan rahmat dan pengampunan serta kedudukan yang mulia kepada Almarhum dan memberikan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.

Views: 15

Reviews for Takziah kepada Dr. Mahmood Zuhdi dan seluruh keluarga atas pemergian Dr. Mohamad Kamil

There are currently no reviews for Takziah kepada Dr. Mahmood Zuhdi dan seluruh keluarga atas pemergian Dr. Mohamad Kamil
Scroll to top