Tempahan Katering Hospital Thomson Damansara di Restoran Nur Malaysia Manchester

Views: 12

MANCHESTER, 02.06.2022
Restoran Nur Malaysia Manchester, salah sebuah restoran GISBH telah menerima tempahan katering daripada pihak Hospital Thomson Damansara untuk majlis bersama Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di sini, hari ini.

Hospital Thomson Kota Damansara yang menjadi tuan rumah kepada beberapa siri sesi dialog antara Ketua Pengarah Kesihatan dengan diaspora perubatan Malaysia di Edinburgh, Manchester dan London, di United Kingdom melalui wakilnya, Puan Sherene Azli telah menempah katering di Restoran Nur Malaysia untuk 73 orang secara bufet.

Antara menu yang dipilih ialah set nasi putih, seabream tiga rasa, tomyam campur dan kailan ikan masin.

Selain dari perkhidmatan katering, GISBH Manchester juga menyiapkan peralatan yang diperlukan untuk pertemuan tersebut seperti projektor, skrin, mikrofon dan pembesar suara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Dr. Mohd Hamzah Kamarulzaman, Pengarah Hospital Thomson Damansara, Puan Nadiah Wan, CEO Hospital Thomson dan En Khairul bin Noor Hisham, anak Tan Seri Dr Noor Hisham.

Di akhir majlis wakil GISBH mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan menceritakan perkembangan GISBH di seluruh dunia khasnya di United Kingdom, bergambar dengan Tan Seri Dr Noor Hisham serta para tetamu utama dan menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Moga keberadaan premis perniagaan GISBH di luar negara dapat memberi khidmat dan manfaat kepada pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk melakukan aktiviti dan program mereka, khususnya majlis bersama rakyat Malaysia yang berada di sana.

Views: 12
Scroll to top