Terharu perubahan anak, Dato’ Marzuki luahkan terima kasih kepada Chairman GISBH

Views: 131

SERDANG, 05.02.2023
Resepsi perkahwinan Muhammad Azim Muiz bin Dato’ Marzuki dan pasangannya Umi Umairah binti Azri disambut meriah dengan kehadiran lebih 2000 orang tetamu termasuk ramai orang-orang kenamaan di restoran Astana Putra UPM, Jalan Maklumat, Fakulti Pertanian UPM, di sini semalam.

Antara tokoh kenamaan yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Y.A.M Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan
Ibni Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Putra Malaysia dan isteri, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abd Rahim Pfordten, CEO GISBH, YBhg Tan Sri Roslan Saad, YBhg Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, YBhg Dato’ Shariffuddin Mohammad, YBhg Dato’ Mohammad Ghazali Othman dan lain-lain.

Terdapat juga tetamu dari luar negara seperti Dr. Mohd Hisham Sultan At-Tamimi dari Jordan, Dr. Hesham Foad dari Mesir, Tuan Farhat Abu Baghdad dari Tajikistan dan Baba Muhammad Suwari bin Hassan dari Thailand.

Para tetamu VIP menikmati juadah secara hidangan manakala tetamu yang lain secara bufet.

Antara juadah yang dihidangkan ialah nasi minyak, kuah dalca, kari kambing, ayam goreng, daging dendeng, acar timun dan lain-lain.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan muzik Gamelan nasyid-nasyid nasihat hidup berumah tangga daripada kumpulan Generasi Harapan seperti ‘Pengantin Baru’, ‘Keluarga Bahagia’ dan lain-lain.

Gembira dengan majlis yang diadakan dan tersentuh dengan perubahan sikap anaknya, Dato’ Marzuki Ramli, pemilik Restoran Astana Putra UPM, mengambil peluang mengucapkan terima kasih dan bercerita jasa Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali mengubah sikap anaknya di pentas majlis.

Menurut beliau, berlaku satu peristiwa yang menyebabkan beliau bertindak menghukum anaknya Azim dengan tidak bercakap dengannya selama 6 tahun. Segala urusan dengannya hanya melalui perantaran ibunya.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif GISBH, dengan ehsan Global Ikhwan telah menerima anak saya, diasuh cara GISB dan saya terharu apa yang berlaku pada Azim berubah 100%, Azim berubah 360°,” luah Dato’ Marzuki.

“Enam tahun dia tak dapat dengar suara saya, satu hukuman kepadanya, enam tahun dia tak dapat dengar suara saya, dia hanya boleh berhubung dengan ibunya sahaja walaupun saya berada di sebelah isteri saya, iaitu ibunya selama 6 tahun saya pisahkan,” katanya lagi.

“Saya berkata kepada isteri saya, sekiranya detik hati saya sebagai ayah, saya tidak membenarkan dia bercakap, dengan saya, saya tidak akan bercakap dengannya,”tegasnya.

“Tetapi akhirnya di Hari Raya Haji (dengan nada sebak) tiba-tiba perasaan itu runtuh, ketika mendengar takbir hari raya, saya bercakap dengan isteri saya, beri saya bercakap dengan Azim,” sambungnya.

“Itulah kali pertama dia keluarkan perkataan, Assalamu Alaikum ayah, saya jawab; waalaikum salam, bagaimana kamu? Terus saya dengar tangisan darinya aduan ayah angkatnya Datuk Nasiruddin Mohd Ali. Terima kasih Datuk mendidik saya,”

“Tetapi saya suatu hari saya uji dia, saya keluarkan segumpal duit, “Azim nak duit tak? Dia kata “lak, lak….” (Tak..tak!!) “Zim, ayah ikhlas.” “Tak, tak.. Berbakti pada ayah lagi mulia,”
katanya.

“Saya ulang lagi, Zim, ni bukan RM50 tapi RM500.” Jawab Azim, “Kalau ayah bagi saya ambil!”

“Zim, ayah bangga dengan kamu!” Jadilah anak yang soleh, anak yang berbakti kepada agama, apa yang berlaku, ayah terpaksa buat begitu, meninggalkan kamu, tidak membenarkan kamu bercakap dengan ayah selama 6 tahun untuk kamu menjadi anak yang baik. Ayah gagal mendidik kamu, tapi Alhamdulillah dengan berkat Datuk Nasiruddin dan jemaah, dia berjaya mendidik kamu,”

Begitulah luahan hati Dato’ Marzuki di hadapan para tetamu VVIP dan VIP di Majlis Resepsi Perkahwinan anaknya yang sangat meriah. Rupanya dalam kemeriahan majlis ada peristiwa yang menyentuh perasaan yang berlaku di antara anak dan ayah yang boleh dijadikan iktibar.

Views: 131

Reviews for Terharu perubahan anak, Dato’ Marzuki luahkan terima kasih kepada Chairman GISBH

There are currently no reviews for Terharu perubahan anak, Dato’ Marzuki luahkan terima kasih kepada Chairman GISBH
Scroll to top