KUANTAN, 06.12.2022
Tetamu-tetamu GISBH, Dr Mohd Hisham Sultan At Tamimi, Dr Hesham Fouad AlEryan dan En Farhat Abu Baghdad berpeluang bertemu dengan Sohibus Samahah Dato’ Sri Dr Hj Abdul Rahman Osman, Mufti Negeri Pahang Darul Makmur di sini, baru-baru ini.
Pertemuan santai ini diadakan di ruangan VIP, Restoran Ikhwan Bandar Kuantan di alamat 47A, Jalan Putra Square 4, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang pada 6 Desember 2022.
Sohibus Samahah Dato’ Mufti yang merupakan siswa Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di era 70’an dalam bidang Perundangan Syariat berbual mesra pengalaman beliau dengan Dr Hisham At-Tamimi yang juga lulusan Universitii Al-Azhar di awal 70’an yang juga merupakan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Negara-negara Syam iaitu Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria.
Pertemuan menjadi lebih mesra dengan kehadiran Dr Hesham Fouad AlEryan, pakar bedah jantung di Hospital Pakar An Noor, Mekah, Saudi yang berasal dari negeri Menoufia, Mesir.
Walaupun seorang lagi kenalan GISBH, En Farhat Abu Baghdad berasal dari Tajikistan tetapi beliau dapat mengikuti dan bersama dalam semua perbualan dengan baik kerana beliau fasih berbahasa Arab.
Orang-orang bukan Islam bukan berada dalam keadaan kuat sekarang tetapi sebenarnya umat Islam sendiri di seluruh dunia sangat lemah, berpecah belah, tiada cita-cita dan tidak berjiwa besar kerana tidak membaiki diri iaitu membaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia, akibatnya musuh Islam menguasai seluruh aspek kehidupan kita.
Moga GISBH terus menjadi tali penghubung merapatkan hubungan sesama manusia dari pelbagai negara tetapi disatukan dengan akidah yang sama manakala premis-premis GISBH menjadi tempat manusia bersilaturrahim dan berkasih sayang dalam membina masyarakat yang aman dan harmoni.