Tetamu GISBH dari Filipina melawat Thailand

Views: 773

PATTANI, 01.11.2023
Setelah berkursus sambil melawat di sebahagian cawangan-cawangan GISBH di Malaysia, 10 orang belia dari Marawi City, Filipina dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di Thailand termasuk cawangan GISBH di sini hari ini.

Antara tempat yang sempat dibuat lawatan sambil belajar semalam ialah ziarah dan makan tengah hari di Ikhwan Fried Chicken Satun, lawatan ke Pusat Latihan Remaja Pembela Ummah Satun, bersembahyang di Masjid Nuruddin Hat Yai, makan malam di Asian Night Market dan bermalam di Villa GISBH Hat Yai.

Hari ini lawatan diteruskan ke Masjid Besar Wilayah Songkhla, Makam Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Masjid Besar Pattani, Restoran Ikhwan Delight Pattani,
Pusat Latihan Remaja GISBH di Tanah Berkat Yaring, pantai Yaring dan Green Market Pattani.

Sepanjang perjalanan diisi dengan taklimat berkaitan negara Thailand dan soal jawab kefahaman Islam pimpinan En Md. Zaki Mohamed mewakili pimpinan GISBH.

Di Makam Syeikh Abdul Samad Al-Falembani, para peserta sempat bertemu dengan Pak Do, penjaga makam yang telah 20 tahun berkhidmat menjaga makam tersebut dan dapat mempelajari sejarah perjuangan ulama dan pejuang dahulu mempertahan agama dan tanah air hingga terkorban syahid.

Para tetamu menikmati jamuan makan tengahari berupa nasi putih, tom yam makanan laut, ikan siakap goreng sambal, kailan ikan masin, buah tembikai dan air minuman di Restoran Ikhwan Delights Pattani dengan layanan daripada Pengarah Zon GISBH Pattani, YBhg Tuan Aminuddin Sani, Tuan Johari Morad dan beberapa pimpinan lagi.

Antara ulasan mereka tentang kursus belia Filipina bersama GISBH ialah,
“Kami telah melihat banyak tempat GISBH di Malaysia dan Thailand, semuanya menarik. Restoran, food shop, aktiviti Islam semuanya menarik Alhamdulillah. Terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif atas peluang yang diberi kepada kami semua,” ujar Shuib Mohammad, 42.

Abdul Muin Muhaimin 22, ketua rombongan mereka berkata,
“Saya banyak belajar dan mendapat pengalaman dengan GISBH sepanjang berada di Malaysia khususnya dan Thailand. Adakalanya saya tidak mampu hendak menerangkan betapa beruntungnya kami dapat bersama-sama Global Ikhwan. Kami tak tau bagaimana nak jelaskan. Kami sangat gembira dalam membina perniagaan kami juga, untuk membawa balik pengalaman bersama komuniti ini ke negara kami.”

“Bukan mudah untuk mendapat peluang begini, saya sanggup mengambil cuti kerja selama sebulan untuk mengikuti program bersama GISBH ini kerana memikirkan peluang yang sangat besar ini,” ujar beliau lagi.

Mohamad Naif Hj Mustafa 35, seorang guru pula berkongsi, “Apa yang menarik di Malaysia ialah budaya masyarakatnya yang terhubung dengan Islam tidak seperti kami yang mendakwa ‘Bandar Islam Marawi’ sedangkan ia tidak sepenuhnya Islamik tetapi di Malaysia walaupun kamu tidak mendakwa kamu Islamik atau negara kamu Islamik tetapi Islam nampak diamalkan di sini.”

“Di GISBH saya melihat pendidikan dari peringkat kanak-kanak kecil hingga remaja dan dewasa berlaku dengan sistematik. Pada saya, inilah satu-satunya syarikat yang mempunyai sistem pendidikan yang begitu sistematik yang pernah saya lihat,” tambah beliau lagi.

Abu Bakar Muhammad, seorang pensyarah mathematik dan akaun di sebuah kolej di Marawi City pula berkata, “Perkara pertama yang saya lihat bila memasuki bandar kamu di Rawang ialah soal disiplin iaitu apabila melihat bagaimana kamu menyusun selipar dan kasut. Ia sangat unik kerana ia selaras di semua tempat kamu.

“Perkara pertama yang saya fikirkan apabila melihat ini ialah, komuniti ini sangat berdisiplin. Mereka sangat berdisiplin dalam semua aspek kehidupan mereka.

“Tentang remaja pula, saya lihat kamu sangat mempersiapkan para remaja GISBH agar dapat hidup berdikari dengan dengan disiplin Islam sepenuhnya. Terutama apabila hampir masuk waktu sembahyang, mereka mempersiapkan diri dan memakai pakaian yang terbaik. Ini antara perkara yang sangat menarik dilihat di pusat-pusat latihan kamu.

“Apa yang saya belajar di GISBH ialah kamu melatih para remaja dengan disiplin yang kemas agar mempunyai kekuatan roh sebelum terlibat mengendalikan perniagaan. Itu yang perlu kami tiru.”

Apa yang GISBH buat masih jauh dari cita-cita dan hasrat Pengerusi Eksekutif YBhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali tetapi ia terus diperbaiki dari semasa ke semasa.

Moga kerjasama antara GISBH dengan masyarakat Islam di Filipina khususnya etnik Maranau akan dapat diteruskan dalam membina masyarakat Islam contoh di Marawi Islamic City, Mindanao, Filipina.

Views: 773

Reviews for Tetamu GISBH dari Filipina melawat Thailand

There are currently no reviews for Tetamu GISBH dari Filipina melawat Thailand
Scroll to top