Timbalan Menteri KPDNHEP merasmikan Karnival Muharram dan Sambutan Merdeka GISBH

Views: 22

RAWANG, 21.08.2022
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol bin Wahid telah merasmikan Karnival Muharram dan Sambutan Merdeka anjuran GISBH di sini baru-baru ini.

Dalam Karnival yang julung-julung kali diadakan selepas wabak Covid-19 ini penganjur mengketengahkan pelbagai aktiviti menarik khususnya meraikan 100 pasangan pengantin di kalangan staf GISBH.

Antara aktiviti lain selama 3 hari ini ialah pameran perkembangan GISBH seluruh dunia, gerai pameran, persembahan konsert dan teater, pentas kanak-kanak, meraikan badan amal, gerai jualan, sukan berkuda, menunggang ATV, Forum Perdana, pelbagai pertandingan, sukaneka kanak-kanak, meraikan pengantin, tayangan Islamic Multimedia dan Berkat Hour.

YB Dato’ Rosol dalam ucapan perasmiannya antara lain mengatakan bahawa ketika bekalan ayam berkurangan di pasaran, GISBH tidak ada isu ayam kerana GISBH bukan sahaja mempunyai ternakan ayam malah ada kilang pemprosesan ayam sendiri.

GISBH juga memiliki bot tangkapan ikan laut dalam, ladang-ladang pertanian dan lain-lain yang pada beliau bukan sahaja kejayaan GISBH malah ia adalah kejayaan umat, kejayaan bangsa dan negara.

“Oleh itu apa yang dilalui oleh GISBH perlu diikuti dan dicontohi bukan sahaja oleh orang Melayu malah seluruh umat Islam,” menurutnya lagi.

Dato’ Rosol juga menegaskan kesungguhan dan istiqamah GISBH telah terbukti berjaya dan akan mampu mengatasi monopoli pihak yang mengambil kesempatan dalam masyarakat dan membantu golongan B-40 mendapatkan keperluan mereka dengan harga yang berpatutan.

YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dalam ucapan alu-aluannya mengatakan tujuan GISBH tidak lain adalah untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah dengan berkhidmat kepada masyarakat dan sama-sama membantu negara dan semuanya mestilah berasaskan ketakwaan kepada Allah kerana Allah berjanji untuk membela orang-orang yang bertakwa.

Program diteruskan dengan persembahan silat dan nasyid serta lawatan YB Dato’ Rosol ke gerai-gerai pameran, jamuan ringan dan penyampaian cenderahati.

Moga Allah berkati setiap usaha yang dijalankan demi kemuliaan bulan Muharram dan Allah rahmati Malaysia dalam mengisi kemerdekaan ini.

Views: 22

Reviews for Timbalan Menteri KPDNHEP merasmikan Karnival Muharram dan Sambutan Merdeka GISBH

There are currently no reviews for Timbalan Menteri KPDNHEP merasmikan Karnival Muharram dan Sambutan Merdeka GISBH
Scroll to top