Tok Pa rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 FBMA

Views: 20

KUALA LUMPUR, 27.09.2022
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-2, Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FBMA) pada 27 September 2022, di Auditorium Tun Rahah, Menara Pernas, Jln. Bangsar, di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis itu, pengerusi FMBA Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Malik bin Abdullah, timbalan pengerusinya YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, serta wakil dari 200 persatuan-persatuan perniagaan Malaysia.

Majlis telah diadakan dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), DTandoor Food Industry dan GISBH selaku penaja media dan pramusaji di dalam majlis berkenaan.

Antara yang dibincangkan dalam majlis itu termasuklah cadangan agar pihak kerajaan menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1995 (Pindaan 2022) bagi tempoh dua tahun bagi merealisasikan pemulihan ekonomi di samping menjaga kebajikan semua pihak terutama majikan atau pengusaha perniagaan terutama mikro, memastikan satu tempoh bertenang tidak kurang dari dua tahun sebelum akta tersebut dilaksanakan.

Langkah FBMA yang komited dalam usaha menjaga kebajikan pengusaha perniagaan terutama mikro dalam merealisasikan plan pemulihan krisis ekonomi harus dipandang tinggi demi mewujudkan masyarakat yang hidup aman damai, berkasih sayang tanpa mengira agama dan bangsa.

Views: 20

Reviews for Tok Pa rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 FBMA

There are currently no reviews for Tok Pa rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 FBMA
Scroll to top