Tuan Adib sertai Pertandingan Kuda Lasak 100 km di Riyadh, Saudi Arabia

Views: 523

RIYADH, 12.01.2024,
YBhg Tn. Hj. Muhammad Adib At-Tamimi, selaku Presiden Ikhwan Equestrian dan Remaja Pembela Ummah akan menyertai Pertandingan Kuda Lasak (Endurance) kategori 100 km di Khaledia Farm, di sini esok.

Untuk acara kali ini seramai 202 peserta dari pelbagai negara menyertainya dan Tuan Adib merupakan satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia.

Seramai 170 peserta menyertai kategori cei* 100 km manakala
32 peserta lagi menyertai kategori cei** 120 km.

Ini adalah penyertaan kali pertama atas nama Ikhwan Equestrian di luar negara untuk kategori 100 km dan bagi Tn. Adib sendiri.

Menurut Tn. Adib, Pasukan Ikhwan Equestrian menyertai pertandingan ini atas niat untuk mengambil sebanyak-banyak pengalaman ‘endurance’ di luar negara lebih-lebih lagi di tempat para sahabat Rasulullah SAW pernah berjuang membuat pembelaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

“Jika sekiranya ada kebaikan moga ianya bermanfaat untuk ‘team’ dan boleh dikongsikan kepada semua, kami berserah kepada Allah atas segalanya.

“Kami juga memohon doa daripada semua kenalan, abang-abang, otai-otai dari Malaysia agar segalanya dipermudahkan, Aamiiin ya Allah!,” ujar Tn. Adib lagi mengharapkan sokongan semua.

100 km bukan jarak yang dekat, lebih-lebih lagi berkuda di padang pasir Saudi sudah tentu memerlukan kekuatan mental, fizikal lebih-lebih lagi jiwa agar tidak mudah menyerah kalah.

Moga Allah bantu Tn. Adib dan pasukan Ikhwan Equestrian untuk melepasi endurance kali ini sebagai menambah pengalaman juga mengharumkan nama negara.

Views: 523

Reviews for Tuan Adib sertai Pertandingan Kuda Lasak 100 km di Riyadh, Saudi Arabia

There are currently no reviews for Tuan Adib sertai Pertandingan Kuda Lasak 100 km di Riyadh, Saudi Arabia
Scroll to top