Tuan Ahmad Anuar melawat Bakkahland Farm and Resort

Views: 36

PATTANI, 04.01.2023
Satu rombongan dari syarikat GISBH yang diketuai oleh YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH telah mengadakan lawatan ke Bakkahland Farm and Resort dan bertemu dengan pemiliknya Hj Wan Ismail Wan Ahmad.

Hj. Wan Ismail membeli tanah seluas 50 ekar dan telah mengusahakan 10 ekar daripadanya sebagai ‘farm’ dan ‘resort’.

Di sini terdapat sebuah bangunan yang dilengkapi pejabat pentadbiran, dewan kuliah yang boleh digunakan untuk mengendalikan kursus dan mesyuarat, restoran untuk tempahan katering dan ‘dine in’, chalet dan lain-lain.

Terdapat juga kolam ikan, ternakan kuda, lembu, kambing dan itik untuk dilawati oleh para pengunjung.

Di dalam pertemuan ini, Tuan Hj. Wan Ismail berpeluang berkenalan dengan Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH yang juga Pengarah Sektor Pertanian dan Penternakan GISBH, Dr. Mohd Hisham Sultan At-Tamimi, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Negara-negara Syam dan menonton video profile GISBH.

Hj. Wan Ismail mengharapkan beberapa golongan utama di Pattani ini dapat disatukan seperti golongan tuan-tuan guru pondok, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin politik agar dakwah Islam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Moga Allah beri kekuatan kepada GISBH untuk membantu umat Islam di Pattani dalam semua aktiviti mereka agar Islam nampak cantik sebagai cara hidup dan menjadi contoh yang baik kepada penganut agama lain di sini.

Views: 36

Reviews for Tuan Ahmad Anuar melawat Bakkahland Farm and Resort

There are currently no reviews for Tuan Ahmad Anuar melawat Bakkahland Farm and Resort
Scroll to top