Tuan Chairman GISBH menerima hadiah daripada CG Malaysia di Istanbul

Views: 6

ISTANBUL, 06.01.2023
Sempena awal tahun 2023, Konsulat Jeneral (CG) Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir telah menyampaikan hadiah kepada tokoh-tokoh masyarakat di kalangan konsulat jeneral beberapa negara dan tokoh korporat termasuk YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH di sini semalam.

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh pembantu peribadi beliau, En Kamal Azam Othman yang datang sendiri ke Restoran Nur Muhammad Turki, salah satu daripada rangkaian restoran GISBH yang telah beroperasi di Turkiye memasuki tahun ke lapan.

En Kamal yang datang bersama pemandu CG telah disambut oleh staf GISBH, En Muhammad Ahnaff Abu Bakar yang menerima hadiah tersebut bagi pihak Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali.

Walaupun beliau perlu bersegera untuk menyampaikan hadiah kepada individu yang lain, wakil GISBH sempat juga berkongsi perkembangan perjalanan Tuan Pengerusi Eksekutif menziarahi beberapa negara di Eropah dan projek perniagaan GISBH di sana.

Di antara tokoh-tokoh yang menerima hadiah dari beliau termasuk Mr Mazen Kabbara, CG Lubnan di Istanbul, Mr Mohammed Nore-Alam CG Bangladesh di Istanbul, Prof. Ahmet Bolat, Chairman Turkish Airlines, Mr Harun Dursun, Ganeral Manager Mandarin Oriental Bhosporus (Hotel penginapan SPB Yang di-Pertuan Agong), Mr TJ Joulak, Ganeral Manager Shangri-la Bhosporus dan lain-lain.

Moga hubungan baik di antara GISBH dan Tuan CG berterusan dan banyak kerjasama dapat dilaksanakan demi kebaikan bersama khususnya untuk negara Malaysia yang tercinta.

Views: 6

Reviews for Tuan Chairman GISBH menerima hadiah daripada CG Malaysia di Istanbul

There are currently no reviews for Tuan Chairman GISBH menerima hadiah daripada CG Malaysia di Istanbul
Scroll to top