Tun Ali Rustam dan Kontinjen Karate Malaysia makan malam di RNMT

Views: 15

TASHKENT, 16.12.2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menghadiri majlis makan malam bersama 14 Kontinjen Karate Malaysia di Restoran Nur Malaysia Tashkent (RNMT) terletak di 5 Sebzor St, Tashkent, Uzbekistan, di sini baru-baru ini.

RNMT merupakan salah sebuah cawangan restoran milik syarikat GISBH yang berada di 15 buah negara.

Kedatangan mereka ke Tashkent adalah untuk menyertai ‘The 1st Asian Para-Karate, 18th Asian Senior & 20 Asian Cadet, Junior & U21 Karate Championship, Tashkent 2022’ dari 12 hingga 17 Disember.

Turut mengiringi Tun Muhd Ali Rustam yang juga Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF) dan Naib Presiden Asia Karate Federation (AKF) ke RNMT adalah Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad selaku Setiausaha Agung MAKAF, pegawai daripada Kedutaan Malaysia di Uzbeskistan, Puan Aimi Huda Ismail, Setiausaha Pertama/Ketua Canseleri Kedutaan dan Encik Roszaini Che Pee, Setiausaha Kedua/Konsular Kedutaan.

Terdahulu pihak tetamu telah menempah 12pax makanan pakej VIP dan 20pax pakej biasa dengan menu masakan Malaysia dan Uzbek.

Di antara hidangan masakan Malaysia yang disediakan ialah ikan keli belado, ayam goreng Ikhwan, tom yam ‘sea food’, teh tarik, buah-buahan dan lain-lain.

Yang di-Pertua Negeri Melaka dan rombongan berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dan ini bukanlah kali pertama beliau menjejakkan kaki di restoran milik syarikat GISBH di luar negara.

Semoga RNMT terus dapat berkhidmat menjadi duta negara yang bukan saja menyediakan makanan halal malah menjadi tempat pertemuan penghubung kasih sayang dan ukhwah antara rakyat dengan pemimpinnya terutama ketika permusafiran.

Views: 15

Reviews for Tun Ali Rustam dan Kontinjen Karate Malaysia makan malam di RNMT

There are currently no reviews for Tun Ali Rustam dan Kontinjen Karate Malaysia makan malam di RNMT
Scroll to top