Tun Ali Rustam dan rombongan nikmati masakan Malaysia di Restoran Nur Muhammad Istanbul

Views: 14

ISTANBUL, 21.10.2022
Restoran Nur Muhammad milik GISBH, cawangan Istanbul Turki telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua
Negeri Melaka (TYTYDPNM) merangkap Canselor Universiti Geomatika Malaysia(UGM), Tun Datuk Seri (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Rustam dan rombongan di sini baru-baru ini.

Beliau dan isteri, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hjh. Asmah binti Hj. Abd. Rahman beserta rombongan telah bermusafir ke London dan Frankfurt seterusnya ke Turki untuk lawatan kerja selama 5 hari bagi memenuhi undangan universiti tempatan selain meninjau prasarana dan hal-hal berkaitan UGM di pejabat cawangannya di sini.

Turut mengiringi beliau adalah pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Encik Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, isteri dan rombongan.

Pihak RNMI telah membuat persiapan awal menerusi tempahan yang dibuat ejen pelancongan rombongan tersebut, yang mengetahui keberadaan restoran tersebut, di Istanbul.

Rombongan tiba agak lewat dari jangkaan kerana kesesakan trafik dan mereka terpaksa menaiki Tramway untuk sampai ke RNMI.

Selesai menunaikan solat di surau RNMI, TYT Tun Ali dan rombongan menjamu selera dengan menu campuran ‘Ala Carte’ dan lauk campur.

Mereka berpuashati dengan menu yang dihidangkan dan berkata, “Alhamdulillah makanan yang dihidangkan baik, sama macam makan kat Malaysia! Dah lama tak dapat makan makanan Malaysia”.

‘Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri’, keberadaan RNMI bukan saja sebagai tempat menjamu selera dengan pelbagai juadah halal masakan Malaysia, tetapi menjadi tempat berkumpul, berbincang, menjalin silaturrahim berbagai bangsa, agama dan negara khususnya di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Views: 14

Reviews for Tun Ali Rustam dan rombongan nikmati masakan Malaysia di Restoran Nur Muhammad Istanbul

There are currently no reviews for Tun Ali Rustam dan rombongan nikmati masakan Malaysia di Restoran Nur Muhammad Istanbul
Scroll to top