KAHERAH, 12.09.2023
Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, TYT Zamani bin Ismail telah membawa Tik Toker terkenal Mesir, Mr Adnan ke Restoran GH Corner Cairo untuk memperkenalkan menu-menu masakan Malaysia yang dijual di sini, hari ini.
Beliau yang mempunyai pengikut Tik Tok seramai 1.7 juta orang dan 3.9 juta pengikut di Facebook merupakan salah seorang Tik Toker popular di Mesir dengan fokus kepada pelbagai makanan yang dijual kepada umum di Mesir.
Di Restoran GH Corner Cairo, Mr Adnan atau Tik Toknya @aklitadnan dipersembahkan dengan menu roti canai kari kambing, ayam goreng Ayyam Sihat Fatih, teh tarik, roti canai dan lauk kari B40, nasi lemak ayam, Mi Goreng ikhwan dan masakan panas.
Secara peribadi, beliau sangat tertarik dengan teh tarik dan roti canai di GH Corner ini.
“Makanan di sini sangat sedap dan sesuai selera kami. Saya lihat dapurnya bersih dan meyakinkan pelanggan,“ katanya.
Walaupun ada beberapa buah restoran masakan Malaysia di Mesir, TYT Duta mengatakan faktor pemilihan GH Corner adalah kerana pengurusan dapurnya yang bersih dan memuaskan.
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali berterima kasih kepada TYT Zamani bin Ismail, Duta Besar Malaysia ke Mesir yang memberi sokongan terhadap usaha GISBH membawa cara hidup Islam dan memperkenalkan Malaysia melalui rangkaian restorannya.