TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pusat

Views: 519

RAWANG, 08.05.2024
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH peringkat Pusat di ibu pejabat GISBH, Pusat Perniagaan Ikhwan (PPI) Bandar Country Homes (BCH) di sini baru-baru ini.

Beliau yang telah bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali ketika berkunjung ke Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah di Mekah Februari lalu malah dibawa melawat kilang jus yang membekalkan jus Ikhwan turut bertemu Tn. PE GISBH di Rumah Terbuka Aidil Fitri, Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.

Di pertemuan tersebut Tn. PE GISBH telah menjemput TYT Tun untuk hadiri Rumah Terbuka GISBH, begitu juga ketika bertemu di rumah Dato’ Hj. Md Nasir Abdul Gani, Pengerusi DMDI Malaysia.

Rombongan TYT hadir ke PPI BCH jam 3 petang bersama empat orang pembantu diiringi motor dan kereta peronda polis.

TYT Tun dan rombongan disambut oleh Tn. Nasiruddin Mohd Ali dan para ALP di lobi Ibu Pejabat GISBH dan berbual mesra dan diperkenalkan kepada para ALP GISBH sebelum meneruskan sesi lawatan.

Seterusnya beliau dibawa melawat akuarium air masin yang terdapat di lobi Ibu Pejabat GISBH ini dan sistem pengendaliannya yang hampir keseluruhannya dibangunkan oleh remaja GISBH sendiri.

TYT dan rombongan juga dibawa menonton tayangan video profil GISBH dan video Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah di Panggung Ikhwan di mana terdapat sesi ulasan ringkas dari beliau sendiri ketika berkunjung ke sana.

Setelah itu TYT dan rombongan dibawa melawat bilik pameran Khazanah Suci Rasulullah SAW di mana terdapat pelbagai khazanah peninggalan baginda serta replika Masjid Nabawi dan rumah baginda SAW.

Sesi lawatan diakhiri dengan jamuan Aidil Fitri di Moduler yang disediakan untuk tetamu kehormat.

Selama dua jam di PPIBCH, melihat sendiri apa yang telah dibangunkan di sini, antara ucapan TYT Tun,
“Bagus buat begini,” moga ianya menjadi doa dan pendorong kepada seluruh warga GISBH dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Views: 519

Reviews for TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pusat

There are currently no reviews for TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka hadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH Pusat
Scroll to top