Umrah staf GISBH menagih keberkatan sempena awal Syawal 1444H

Views: 22

MEKAH, 26.04.2023
Sempena bulan Syawal 1444H, para pimpinan GISBH menagih keberkatan bulan Syawal dengan menunaikan umrah beramai-ramai di bawah pimpinan Pengerusi Eksekutif, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali di sini baru-baru ini.

Oleh kerana bilangan staf yang ramai berada di bumi Haramain termasuk wakil-wakil dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Uzbekistan, Jordan dan Mesir, rombongan umrah dibahagi kepada 3 kumpulan.

Rombongan pertama ini terdiri daripada 36 orang staf menaiki 2 buah GMC dan sebuah Coaster.

Turut serta di dalamnya, Ketua Pegawai Eksekutif YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Operasi, YDH Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH lelaki dan Muslimah serta wakil GISBH Tajikistan, Mr. Farkhot Abu Baghdad.

Rombongan mendapat panduan ringkas ibadah umrah dan berniat ihram umrah dalam kenderaan di Hudaibiyah berdekatan dengan penginapan peserta di Chalet Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) dengan pimpinan Mutawwif GISBH.

Antara pesanan YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali supaya perbanyakkan doa dan rintihan untuk diri, keluarga dan kebaikan buat Islam. Beliau juga mengingatkan supaya peluang yang besar ini dapat menjadikan para peserta manusia yang baru, pulang ke tanah air dengan jiwa dan roh yang baru, semangat dan azam yang baru untuk manfaat pada Islam dan semua manusia.

Sepanjang perjalanan diisi dengan alunan talbiyah beramai-ramai hingga sampai ke dataran Masjidil Haram dan

Ibadah umrah dimulakan dalam jam 4 petang selepas solat Asar dengan bersama-sama melaksanakan tawaf, saie dan selesai dengan bergunting atau Tahallul ketika hampir masuk waktu Maghrib.

Di tempat mustajab doa ini, selepas tawaf, para peserta mengambil peluang menunaikan sembahyang sunat dan berdoa serta mengaminkan doa panjang daripada YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif.

Umrah di bulan Ramadhan dan awal Syawal tahun ini menyaksikan bilangan jemaah yang sangat ramai seolah-olah di musim haji setelah 2 tahun terhalang dengan wabak Covid-19.

Setelah menunaikan umrah dan sembahyang Maghrib rombongan menikmati makan malam di Restoran Nur Malaysia Al-Haram milik GISBH
di bangunan Sofwah bersebelahan Masjidil Haram.

Moga Allah menerima amal ibadah seluruh umat Islam sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini serta tunaikan hajat-hajat pimpinan GISBH agar Islam dapat dilaksanakan dalam seluruh aspek kehidupan dan melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni.

Views: 22

Reviews for Umrah staf GISBH menagih keberkatan sempena awal Syawal 1444H

There are currently no reviews for Umrah staf GISBH menagih keberkatan sempena awal Syawal 1444H
Scroll to top