Untuk menjadi kaya, tidak ada cara yang lain selain masuk bidang perniagaan – Tun Mahathir

Views: 26

KUALA LUMPUR, 19.06.2022
Kemiskinan perlu ditangani dengan produktiviti serta memperkenalkan cara menambah pendapatan bukan dengan pemberian bantuan dan subsidi semata-mata kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), di sini, hari ini.

Kerajaan juga boleh membuat atau menambah baik dasar yang dapat menangani jurang sosio ekonomi, kos sara hidup, membanteras rasuah dan tarikan pelaburan, kata beliau lagi di majlis yang juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten.

YH Dato Lokman yang juga Ahli Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Putrajaya mewakili GISBH di jemput khas di dalam program ini berpeluang mengiringi Tun Mahathir di meja makan bersama Datuk Nazim Johan – Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) atau lebih dikenali sebagai Toqqi.

Dr Mahathir juga berkata, kemiskinan memang membabitkan semua kaum tetapi lebih serius dalam masyarakat Melayu sehingga ada di kalangan mereka terpaksa menjual tanah dan mungkin kelak, Tanah Melayu hanya tinggal nama.

“Masalah kemiskinan menjadi begitu besar terutama ketika pandemik Covid-19 hingga kehilangan punca pendapatan dan terpaksa bergantung kepada kerajaan serta pihak lain.”

“Justeru, isu kemiskinan perlu ditangani dengan baik kerana kita tidak mahu faktor ini menjadi jurang sangat jauh dan menimbulkan kembali rusuhan atas sebab tidak berpuas hati dan orang Melayu perlu mengambil pengajaran apa yang telah berlaku.”

“Untuk menjadi kaya, tidak ada cara yang lain selain kita masuk bidang perniagaan,” katanya.

Selain daripada ucapan khas daripada Tun Mahathir, Pembentangan Utama bertajuk;
Realiti Semasa Kemiskinan Rakyat Malaysia disampaikan oleh Zouhair Rosli, Penyelidik Kanan-DM Analytics manakala panelis forum pula terdiri daripada Datuk Nazim Johan – Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim – CEO, Orphancare Foundation, J Solomon – Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) dan Ahmad Yazid Othman- Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM)

Majlis yang diadakan di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Lot 734, Jalan Bukit Petaling, Off Jalan Lapangan Terbang Lama, Bukit Petaling ini berjaya memberi pendedahan mengenai kemiskinan masyarakat Melayu dan Bumiputera yang dilihat paling ramai terkesan berbanding masyarakat lain pasca pandemik ini

Views: 26

Reviews for Untuk menjadi kaya, tidak ada cara yang lain selain masuk bidang perniagaan – Tun Mahathir

There are currently no reviews for Untuk menjadi kaya, tidak ada cara yang lain selain masuk bidang perniagaan – Tun Mahathir
Scroll to top