Usahawan Turkiye di Australia tawar kuda Arab pada Presiden RPU

Views: 24

MELBOURNE, 06.04.2023
Pemilik sebuah stable kuda berasal dari Turki, Mohamad Tutunchu menawarkan 18 ekor kuda baka Arab asli untuk dijual kepada kepimpinan RPU yang sedang berekspedisi untuk bersilaturrahim dan menziarahi stable kudanya di Bradford Australia di sini baru-baru ini.

Ekspedisi diketuai YDH Tuan Mohd Adib Ashaari At-Tamimi, Ketua Pegawai Penyelaras GISBH dan Presiden RPU diiringi beberapa orang Pengarah Zon GISBH di kalangan RPU iaitu Ybhg Tuan Nik Fatih Nik Abd Kadir, Tuan Khabab Khalidan, Tuan Qudamah Sharudin, Tuan Reza Mahar, Tuan Urwah Nasiruddin dan Tuan Hamdi Mohd Nor mengambil masa perjalanan 9-10 jam dari Sydney.

Saudara Mohamad Tutunchu atau lebih mesra dengan panggilan Brother Mohamad, seorang pengamal tarikat dari Istanbul Turkiye merupakan anak murid kepada Syeikh Mahmud Effendi, seorang kenalan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.

Beliau yang ingin berpindah kembali ke tanah airnya dalam tempoh dua bulan ini, berhasrat untuk menjual kesemua kuda-kudanya.

Pada kesempatan itu juga, Brother Mohamad berpeluang mengikuti secara langsung panggilan video dengan Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH bersama Tuan Adib dan ahli rombongan.

Beliau merasa tidak sabar ingin bertemu Tuan Pengerusi Eksekutif di Turki dan mencium tangannya kerana merasa bangga dengan YBhg Tuan Nasiruddin yang berjaya mendidik para remaja GISBH yang beliau sifatkan sebagai remaja yang sangat baik.

Brother Mohamad juga sempat menonton profil GISBH terkini dan beliau sangat teruja dan dengan apa yang dilakukan GISBH dan berkata “Semua inilah yang masyarakat Islam perlu ada…”.

Oleh kerana rasa besarnya para RPU dan jatuh hati dengan akhlak mereka beliau berhasrat untuk menjual kesemua 18 ekor kudanya 1/4 daripada harga asal yang beliau beli.

Brother Mohamad merasakan selama ini hidupnya tiada berkat dan dengan penjualan kuda-kuda ini kepada GISBH, beliau rasakan hidupnya akan menjadi lebih bermakna kerana yakin dengan kemampuan remaja GISBH untuk menjaga kuda-kuda tersebut dengan baik.

Antara kelebihan kuda-kuda di stable Brother Mohamad ini ialah semua kuda-kudanya berdaftar dan mempunyai surat perakuan yang mengesahkan bahwa kuda-kuda tersebut adalah kuda Arab asli.

Semoga segala usaha para RPU dalam memperkasakan sukan sunnah berkuda di dalam GISBH dibantu dan diberkati Allah Taala.

Views: 24

Reviews for Usahawan Turkiye di Australia tawar kuda Arab pada Presiden RPU

There are currently no reviews for Usahawan Turkiye di Australia tawar kuda Arab pada Presiden RPU
Scroll to top