Wakil GISBH bertemu Agong di makam Sultan Abdul Hamid ii, Turkiye

Views: 9

ISTANBUL, 20.08.2022
Dua orang wakil GISBH berpeluang bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu utama makam Sultan Abdul Hamid ii di sini semalam.

Yang di-Pertuan Agong kelihatan mengenali wakil GISBH kerana apabila mereka menjawab soalan baginda, dari mana? Dari GISBH, baginda spontan berkata; “Oooh dari Global Ikhwan.”

Baginda juga menafikan kata-kata Raja Permaisuri Agong, “Ini Arqam!” dengan berkata, “Eh bukan, ini Global Ikhwan.” Lalu bertanya, “Ada berapa buah kafe di sini?

Wakil GISBH memberitahu ada sebuah restoran GISBH di Istanbul sambil menyerahkan phamplet Restoran Nur Muhammad kepada baginda.

Tuanku meneliti pamplet yang diberi manakala wakil GISBH mengambil peluang menjemput baginda ke restoran sambil memprosikan menu-menu yang ada seperti teh tarik, roti canai dan menu Malaysia yang lain lalu menjawab, “Insya Allah, moga makin terus global.”

Raja Permaisuri Agong yang juga mendapat phamplet Restoran Nur Muhammad Istanbul berminat dengan menu Nasi Goreng Kampung.

Selepas itu, YDP Agong dan rombongan meneruskan lawatan baginda ke Masjid Hagia Sophia untuk solat Jumaat.

Sebelum YDP Agong keluar beberapa wakil pengiring baginda yang keluar dahulu melalui pintu makam berjumpa dengan wakil-wakil GISBH yang sedang menunggu.

Mereka yang terdiri dari kalangan pegawai tentera, pegawai istana mengenali GISBH melalui pakaian RPU dan logo GISBH. Di antara mereka termasuk Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz yang sempat menyapa dan bersalaman dengan Wakil GISBH.

YBM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul berkata, “Ada restoran ke di sini? Jemputlah Tuanku datang ke restoran! InsyaAllah, ada rezeki dapat singgah.”

Itulah antara tujuan GISBH mendirikan projek-projek di dalam dan luar negara agar dapat berkhidmat kepada seluruh lapisan masyarakat kerana Rasulullah pernah mengatakan, sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak berkhidmat kepada orang lain.

Views: 9

Reviews for Wakil GISBH bertemu Agong di makam Sultan Abdul Hamid ii, Turkiye

There are currently no reviews for Wakil GISBH bertemu Agong di makam Sultan Abdul Hamid ii, Turkiye
Scroll to top