Wakil GISBH bertemu Ahli Pengarah Lembaga Pembangunan dan Promosi Eksport Halal Filipina

Views: 24

MANILA, 01.07.2023
YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah bertemu dengan Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Produk Halal Filipina untuk dieksport, Mr. Sultan Faizal Coyogan B. Banso 64, di lobi hotel RedDoorz di sini semalam.

Sultan Faizal yang juga merupakan seorang usahawan produk farmasi dan kosmetik seperti sabun dan krim berasaskan betik pernah menjadi pembekal produk-produk tersebut kepada usahawan kosmetik terkenal di Malaysia, Datuk Susilawati.

Beliau yang berasal dari Marawi City telah tinggal lebih 30 tahun di Manila kerana menjalankan perniagaannya merupakan satu-satunya wakil orang Islam dalam Ahli Lembaga Pengarah Bahagian Halal Filipina.

Setelah menonton video profile GISBH, Sultan Faizal yang mempunyai perniagaan di Malaysia mengatakan sejak berpuluh tahun beliau terlibat di dunia perniagaan, beliau tidak pernah melihat sebuah syarikat pun seperti GISBH yang memperjuangkan Islam di seluruh aspek kehidupan.

Menurutnya, bagi umum orang Islam Filipina, kaum muslimin di Malaysia dianggap sebagai abang besar yang sangat dihormati dan ingin dicontohi memandangkan Malaysia telah jauh maju ke hadapan dan banyak membantu umat Islam Filipina.

Oleh itu apabila delegasi GISBH sendiri telah 3 kali datang ke Filipina untuk membantu tuntutan Fardhu Kifayah yang merupakan ibadah iaitu penyediaan makanan halal di Filipina khususnya bekalan ayam, ia sangat-sangat dialu-alukan.

Menurutnya, penggunaan ayam di Lanao Del Sur dan Lanao Del Norte sahaja sebanyak 700,000 ekor ayam seminggu sedangkan tiada rumah sembelihan halal di kawasan tersebut yang majoriti penduduknya adalah orang Islam.

Di Manila sendiri cuma ada sebuah rumah sembelihan yang membekalkan ayam halal iaitu Syarikat Alzaky Food dengan hanya berkemampuan menyediakan 40,000 ekor ayam sebulan sedangkan umat Islam di seluruh Manila seramai 200,000 orang.

Menurut beliau, ini menunjukkan umat Islam di Filipina sangat memerlukan pengusaha yang menyediakan ayam halal secara besar-besaran kerana usaha ini adalah ibadah malah doa orang yang makan makanan haram tidak dikabulkan Allah.

Sultan Faizal kelihatan terharu dapat bertemu YDH Tuan Ahmad Anuar dan bersedia membantu GISBH untuk memulakan projek bekalan makanan halal khususnya ayam mengikut bidangnya.

Beliau juga tiada halangan jika GISBH ingin bekalan produk farmasi dan kosmetik yang halal khasnya sabun berasaskan betik atau dibuat OEM dengan Ikhwan Brand.

Moga Allah pertemukan delegasi GISBH dengan warga Filipina yang hatinya terhubung dengan Rasulullah SAW dan berjiwa untuk membangunkan agama yang suci ini.

Views: 24

Reviews for Wakil GISBH bertemu Ahli Pengarah Lembaga Pembangunan dan Promosi Eksport Halal Filipina

There are currently no reviews for Wakil GISBH bertemu Ahli Pengarah Lembaga Pembangunan dan Promosi Eksport Halal Filipina
Scroll to top