Wakil GISBH hadir Majlis Doa Selamat Tentera Laut Diraja Thai

Views: 14

PHUKET, 15.03.2023
Tujuh orang wakil dari Islamphattana School, sekolah menengah di bawah GISBH telah menghadiri majlis doa selamat yang diadakan oleh Royal Thai Navy di Kem Tentera Laut Diraja Thai di sini baru-baru ini.

Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan dengan memanggil wakil-wakil dari penganut agama Islam, Buddha dan Hindu berdoa mengikut ajaran agama masing untuk memohon Tuhan melindungi dan memberkati pasukan Tentera Laut Diraja Thai.

Kali ini, majlis Tahlil diadakan di tingkat atas mengadap ke laut Andaman di mana Imam-imam dari 3 buah Kampong dijemput hadir iaitu dari Masjid Nur Izzatul Islamiah, Masjid Nurul Islamiah dan Ammu Rafie berserta 5 orang lagi dari Islamphattana School, sekolah menegah di bawah GISBH Thailand.

Di masa yang sama, satu lagi majlis doa mengikut agama Buddha pula di buat di ground floor dan sehari sebelumnya telah diasakan majlis doa dari wakil agama Hindu.

Selepas majlis tahlil dan doa, kesemua jemputan dijamu makanan di mana khidmat kateringnya diambil dari GISBH Phuket. Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan dan bergambar kenangan.

Sikap penghormatan yang tinggi dapat dilihat bila Ketua Angkatan Tentera Laut Diraja Thai di kem tersebut dan isterinya turut serta dan menghormati tahlil yang dibawa.

Moga-moga dengan keberkatan Rasulullah dan para kekasihnya, Allah anugerahkan hidayah-Nya kepada semua agar selamat hidup di dunia dan Akhirat.

Views: 14

Reviews for Wakil GISBH hadir Majlis Doa Selamat Tentera Laut Diraja Thai

There are currently no reviews for Wakil GISBH hadir Majlis Doa Selamat Tentera Laut Diraja Thai
Scroll to top