KUALA LUMPUR, 08.05.2024
Ketua Pegawai Operasi merangkap Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISB Holdings Sdn. Bhd., Ybhg Tn. Hj. Hasnan Abd Hamid telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran MARA Corporation Sdn. Bhd. di Premiera Hotel bersebelahan bangunan Pertama Complex di sini baru-baru ini.
Hadir bersama dalam majlis tersebut, Ybhg Tn. Hj. Mohd Fadhil Yassin, ALP GISBH, Pn. Hjh. Khaulah Ashaari sebagai wakil muslimah GISBH bersama 4 orang staf yang lain.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu diserikan dengan pelbagai juadah hari raya antaranya kambing bakar, Sate Kajang, cendol, ABC, apam balik, bihun sup, ketupat, lemang, rendang, nasi putih beserta aneka lauk-pauk dan beberapa jenis minuman sejuk dan panas.
Sepanjang program berlangsung, Tn. Hj. Hasnan dan Tn. Hj. Fadhil berpeluang bertemu ramai kenalan baru antaranya Dato’ Dr. Ibrahim Yahaya, Pengerusi Syarikat Glocal Link (M) Sdn. Bhd. dan En. Najib Razak, Pengurus Besar Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM)
Tn. Hj. Hasnan sempat juga bertemu dengan Pengerusi MARA Ybhg Datuk Wira Dr. Ashraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki.
Dalam ucapannya, Dr Ashraf menyampaikan penghargaannya di atas kedatangan pihak GISBH ke majlis itu dan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan GISBH pada masa akan datang.
Wakil syarikat GISBH telah menyampaikan salam dan jemputan daripada Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali kepada Dr Ashraf untuk melawat Wadi Berkat Dato’ Ibu di Hudaibiyah sekiranya beliau datang ke Mekah.
Semoga kunjungan Aidilfitri ini menambah kemesraan dan kasih sayang antara kedua-dua belah pihak dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.