Wakil GISBH hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Penghuni Penjara Negeri Sembilan

Views: 286

SEREMBAN, 08.05.2024
Ahli Lembaga Penasihat GISBH, YBhg Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin mengetuai rombongan dari Syarikat GISB Holdings memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Prospek/Penghuni Penjara Negeri Sembilan di Dewan Wawasan Penjara Seremban di sini hari ini.

Tn. Fadhil diiringi oleh Pengarah Zon GISBH Negeri Sembilan, Tn. Nik Fateh Nik Abd Kadir dan Pengarah Zon GISBH Selangor, Tn. Afdhaluddin Abd Latif dan beberapa orang pengiring.

Majlis yang bermula jam 3 petang ini dihadiri tetamu kehormat iaitu
YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.

Selain daripada jamuan dengan juadah Hari Raya seperti lemang, rendang, nasi himpit, kuah kacang dan sate, majlis juga diserikan dengan pertunjukan pentas daripada penghuni penjara dan cabutan no bertuah.

Sebaik selesai majlis, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, mewakili Ybhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH menyampaikan cenderahati berupa produk-produk keluaran GISBH kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan mempelawa Tunku singgah ke projek GISBH di Hudaibiyah jika baginda ke Mekah.

Bagında meminta nombor telefon untuk dihubungi dan sudi bergambar kenangan bersama Tn. Fadhil dan wakil-wakil GISBH.

Moga Allah kuatkan hubungan hati sesama umat Islam samada di kalangan rakyat biasa mahupun kerabat diraja agar dapat dibangunkan tuntutan agama dan syiarnya.

Views: 286

Reviews for Wakil GISBH hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Penghuni Penjara Negeri Sembilan

There are currently no reviews for Wakil GISBH hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Penghuni Penjara Negeri Sembilan
Scroll to top