Wakil GISBH hadiri upacara penghormatan terakhir bekas wakil rakyat Pattani

Views: 68

PATTANI, 09.01.2023
Wakil GISBH, Tuan Nik Hazani Nik Muhammad, ALP GISBH telah menerima jemputan menghadiri majlis penghormatan terakhir Tengku Nurdin bin Tengku Muda, waris kepada Raja Fatoni terakhir yang juga bekas wakil rakyat Pattani selama beberapa penggal yang meninggal dunia pada 03.01.2023 di sini baru-baru ini.

Beliau meninggal dunia diusia 82 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Yaring, Daerah Yaring, Pattani.

Raja Maha Vajralongkorn, Raja Thailand ke -10, telah mewakilkan Mr. Sanan Sonthimoeng, Timbalan Gabenor Pattani untuk mempengerusikan upacara penghormatan terakhir tersebut.

Bersama-sama Tuan Nik Hazani sebagai wakil GISBH juga ialah Dr Mohd Hisham Sultan At-Tamimi, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Negara Syam, yang diberi penghormatan untuk membaca doa kepada Almarhum di pusara beliau.

Sebagai waris Raja Fatani, majlis penghormatan terakhir ini turut dihadiri oleh para ketua-ketua pegawai kerajaan, polis, tentera dan sanak saudara Almarhum di kalangan kerabat di-Raja Kelantan.

Mr. Wairot Pipitpakdee atau Tuanku Nurdin bin Tuanku Muda lahir pada 1/4/1941. Beliau anak kepada Pra Pipitpakdee (Tuanku Mukda Abdulbut) dan Puan Sawasd Pipitpakdee, tamat pelajaran BA Business dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Beliau berkahwin dengan Puan Yaulak Pipitpakdee dan mempunyai 4 orang cahayamata iaitu Puan Karaket Pipitpakdee (Tuanku Mariya binti Tuanku Nurdin), En. Atit Pipitpakdee (Tuanku Asri bin Tuanku Nurdin), Puan Kangsadal Pipitpakdee (Tuanku Subaidah bt Tuanku Nurdin) dan Puan Anusara Abdulbut (Tuanku Sasrina bt Tuanku Nurdin)

Tuanku Subaidah Tengku Nurdin pernah berkahwin dengan DYMM Sultan Kelantan tetapi telah berpisah.

Tengku Nurdin adalah seorang tokoh yang sangat dikenali di Pattani dan telah dianugerahkan pingat di-Raja peringkat tinggi dan pingat kehormatan di-Raja.

Di majlis ini juga wakil GISBH sempat bertemu dan beramah mesra dengan yang dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Al-Fadhil Tuan Guru Abdul Rahman Daud yang telah merasmikan Karnival Kebudayaan Islam sempena Maulidurrasul anjuran GISBH pada bulan November tahun lalu di Pattani Bazar.

Moga program Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah GISBH terus membuahkan hasil iaitu hormat menghirmati, kemesraan dan berkasih sayang di dalam masyarakat.

Views: 68

Reviews for Wakil GISBH hadiri upacara penghormatan terakhir bekas wakil rakyat Pattani

There are currently no reviews for Wakil GISBH hadiri upacara penghormatan terakhir bekas wakil rakyat Pattani
Scroll to top