Wakil GISBH sampaikan khutbah Jumaat di Pattani

Views: 4

PATTANI, 18.12.2022
Atas permintaan Presiden Persatuan Pondok-pondok Selatan Thailand, Baba Suwari, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) GISBH, YBhg Tuan Nik Hazani Nik Muhammad telah menyampaikan khutbah Jumaat di masjid beliau di sini, dua hari yang lalu.

Tuan Nik Hazani merupakan ALP GISBH lulusan fakulti Syariah, di bidang Aqidah dan Dakwah
Universiti Jordan dan bertugas sebagai pegawai perhubungan GISBH Antarabangsa.

Oleh kerana jemaah solat Jumaat kampung kecil tersebut anggarannya hanya seramai 100 orang sahaja dan terdiri daripada masyarakat kampung, kebiasaannya Baba Suwari hanya menyampaikan khutbah dalam masa 30 minit sahaja.

Khutbah Tuan Nik Hazani mengenai penghayatan sembahyang tidak menjemukan dan mendapat perhatian penuh ahli jemaah walaupun mengambil masa selama 40 minit.

Antara Isi khutbah beliau ialah maksud hadis Nabi SAW, “Sembahyang adalah tiang agama, siapa yang mendirikan sembahyang, sesungguhnya dia telah mendirikan agama Islam dan sesiapa yang meninggalkan sembahyang, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama Islam.”

Baba Suwari sendiri memuji penyampaian Tuan Nik Hazani yang menarik malah ahli jemaah masih menunggu setelah selesai sembahyang sedangkan kebiasaannya, kebanyakkan mereka akan segera bangun sebaik selesai memberi salam.

Ramai di kalangan ahli jemaah terus berada di masjid untuk mengikuti ucapan ringkas Dr Mohd Hisham Sultan At-Tamimi, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Negara-negara Syam yang turut bersama rombongan Tuan Nik Hazani melawat alim ulama di Selatan Thailand.

Moga hubungan silaturrahim yang dibina antara GISBH dan para alim ulama serta masyarakat setempat bertambah erat dengan program khutbah Jumaat dan tazkirah ringkas seumpama ini.

Views: 4

Reviews for Wakil GISBH sampaikan khutbah Jumaat di Pattani

There are currently no reviews for Wakil GISBH sampaikan khutbah Jumaat di Pattani
Scroll to top