Wakil Ikhwan Archery menang tempat kedua di Pertandingan Memanah ‘Road To İstanbul’ di Yala, Thailand

Views: 212

YALA, 02.03.2024
Wakil Ikhwan Archery, salah satu unit di bawah Sektor Sukan Sunnah Berkuda di dalam Syarikat GISBH, En. Muhammad Ashraf Mubarak bin Umar telah memenangi tempat kedua Pertandingan Memanah Tradisional ‘Road to Istanbul’ anjuran MND Horse Mountain di Bannang Star di sini hari ini.

Pertandingan ini diadakan untuk memilih dua orang wakil Thailand yang ditaja oleh Kerajaan Thailand ke Pertandingan Fatih Kupasi kategori 50 meter anak panah kayu, di Istanbul Türkiye bulan Mei nanti.

Terdapat dua kategori pertandingan memanah statik iaitu jarak 30 meter dan 50 meter dan juga pertandingan fun shot 145 meter.

Hadiah telah disampaikan oleh Gabenor Yala, Kritsada Bunrat yang sempat berbual ringkas dengan Pengarah GISBH Thailand, YBhg Tn. Syarif Hidayatullah yang mengiringi wakil pemanah GISBH.

GISBH yang juga mengeluarkan busur dan anak panah sendiri melalui anak syarikatnya, Hizmet Techno & Servis dengan nama Yavus Selim memperkenalkan busur laminated material bear paw fiber, bamboo, ash wood dan maple wood sangat mendapat sambutan ramai pemanah.

Kemeriahan pertandingan lebih terasa dengan kedatangan rombongan penonton dan penyokong wakil GISBH seramai 37 orang menaiki bas dua tingkat dari Songkhla.

Moga pasukan memanah GISBH dapat menyertai lebih banyak pertandingan untuk mendalamkan cinta kepada Rasulullah dan menambah kawan-kawan yang mempunyai cita-cita yang sama dalam meninggikan sukan sunnah memanah.

Views: 212

Reviews for Wakil Ikhwan Archery menang tempat kedua di Pertandingan Memanah ‘Road To İstanbul’ di Yala, Thailand

There are currently no reviews for Wakil Ikhwan Archery menang tempat kedua di Pertandingan Memanah ‘Road To İstanbul’ di Yala, Thailand
Scroll to top