Wartawan dari ibu negara Krung Thep melawat ID Pattani

Views: 657

PATTANI, 09.09.223
Seramai 9 orang pengamal media dari pelbagai agensi berita Thailand dan 2 orang jurugambar di iringi oleh Dr Rachatak dari Krung Thep Maha Nakhon telah berkunjung ke Restoran Ikhwan Delight’s (ID) Pattani di sini hari ini.

Rombongan sampai ke ID Pattani jam 1 dibawa oleh dua pegawai pegawai pelancongan wilayah Pattani dengan 2 kenderaan rasmi Jabatan Pelancongan dan Sukan Pattani untuk mendapat penerangan tentang aktiviti GISBH di selatan Thailand dan merasai sendiri menu-menu ID Pattani untuk dipromosi kepada penduduk tempatan.

Mereka terdiri daripada Miss Chada Puranapimpa dari Samyord Radio Station, Rungnapa paksi dari Go Ahead News dan Once in a lifetime, Mrs. Nantavadee Suthisamdaeng dari Bangkok Today dan Siam Rath, Mr. Ratchata Lateefee dari Cio World News dan Prachachuen News, Mrs. Petchara Phanprecha dari The Excellence Bkk dan Today Highlight News, Miss Sirintip Yutika, Mr. Sirichai aedam, Mr. Adison jaidee, dari Top News dan Top Dara, Miss Naritha Joyame dari Btrip News dan Thailand Story Info, Miss Shanya Chantarangsi dari Top to Travel dan Wefie Thailand, Miss Nichapa Jeakkhajorn dari Insight Out Story dan Grow Up Thailand, Miss Supaphannawadee Kumdee dari TV 5 Thai dan Neawna.

Di antara mereka ada wartawan perlancongan dan hiburan dan sebahagian daripada mereka pernah melawat di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes Rawang.

En Maaruf Kasim, Pegawai Tadbir Syarikat
memberi taklimat kepada rombongan tentang Syarikat GISBH yang diterajui oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang mula memasuki selatan Thailand tahun lepas dengan aktiviti Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah dan bertemu pelbagai golongan dalam masyarakat, membuka perniagaan dan pusat latihan juga membuat usahasama dengan beberap ajensi kerajaan dan swasta seperti mengadakan MoA dengan Kolej Teknologi Pertanian dan Perikanan untuk ternakan ayam yang menggunakan enzim Fatih tanpa suntikan vaksin dan antibiotik.

Tetamu juga dimaklumkan GISBH telah mengadakan MoU dengan beberapa syarikat swasta untuk projek perlacongan, membuat ‘house boat’, bas ‘double dacker’ dan lain-lain dengan jumlah pelaburan lebih daripada 10 juta THB.

Selain dari itu syarikat GISBH juga telah membuat MoU dengan pondok pengajian Islam untuk melahirkan pondok contoh yang mempunyai pelbagai aktiviti dalam melahirkan insan yang bertaqwa yang dapat memberi manfaat kepada orang lain melalui aktiviti pengajian dan vokasional seperti pertanian, penternakan dan kemahiran hingga mampu menjadi sebuah pusat pengajian yang berdikari dan memberi manfaat kepada agama bangsa dan negara.

Mereka dihidang pelbagai jenis menu masakan ID seperti nasi palov daging, beriani Karachi, Roti Canai B40 dengan kari kepala ikan, laksa tulang, mashed potatoes, garlic bread, classic caesar salad, ayam goreng Ayyam Sihat Fatih dan Jus Buah Ikhwan.

Bukan sahaja jurugambar mengambil gambar pelbagai jenis menu tersebut malah mereka sendiri mengambil gambar dan membuat tik tok untuk mempromosikan restoran ID Pattani.

Antara respon wartawan, mereka mengkagumi idea Pengerusi Eksekutif yang mempunyai wawasan yang sangat unik dan praktikal khususnya dapat membawa perniagaan yang sekaligus membaiki dan memulihkan masyarakat yang sukar dicari dalam dunia perniagaan di zaman ini.

Pada mereka, dengan kedatangan GISBH ke Thailand, ia dapat membantu menaikan taraf ekonomi penduduk dan membangunkan insan khususnya para remaja hingga dapat melahirkan staf yang bertanggung jawab dan jujur.

Ia boleh dijadikan syarikat perniagaan contoh yang bukan semata-mata mencari keuntungan dan diharapkan akan mendapat kejayaan dan sokongan daripada masyarakat.

Views: 657

Reviews for Wartawan dari ibu negara Krung Thep melawat ID Pattani

There are currently no reviews for Wartawan dari ibu negara Krung Thep melawat ID Pattani
Scroll to top