YB Ir. Khairil Nizam dan rombongan menjamu selera di Nur Malaysia Paris

Views: 9

PARIS, 24.07.2022
Restoran Nur Malaysia Paris, salah satu dari 118 buah rangkaian restoran GISBH telah menerima tetamu yang diketuai oleh YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, di sini baru-baru ini.

YB Khairil Nizam yang berasal dari Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak merupakan salah seorang Ahli Dewan Negara dari Parti PAS.

Antara menu masakan Malaysia yang ditempah oleh pasukan YB Khairil Nizam bersama 8 ahli rombongannya ialah nasi berlauk, sup ekor, sup kaki lembu dan beberapa menu lagi dengan nilai €323.

Walaupun ada sedikit kelemahan dalam memberikan khidmat ia tidak menghalang YB Ir dan pasukannya berpuas hati dengan kualiti masakan di Restoran Nur Malaysia Paris.

Moga rakyat Malaysia yang berada di mana sahaja di seluruh dunia dapat berkasih sayang khususnya di restoran GISBH kerana ukhuwah dan kasih sayang adalah makanan rohani yang manusia perlukan seperti makanan fizikal juga.

Views: 9
Scroll to top